10/12/2015

Consultant Bank Dedah Rahsia Kekayaan

Salam, Sekadar berkongsi...

CONSULTANT BANK MALAYSIA DEDAH RAHSIA KEKAYAAN

Berikut dikongsikan kisah benar bagaimana seorang lelaki boleh menjadi kaya dengan hanya membuka Car Wash. Apakah rahsianya?

Kisah benar 21/02/2015

Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di Car Wash area Kuantan.

Berhentikan kereta, matikan enjin dan serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta. Nepal ke, Myanmar ke aku tak pasti. Terlihat kereta parking sebelah kereta aku Chevrolet Camaro (Transformers) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ini dalam harga RM400k pada permulaannya.

Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond, memandangkan cuaca agak panas.

Aku duduk dan memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca. Aku agak buku-buku bermotivasi tinggi di tangannya.

Aku pun bertanya,

"Kereta bos ke tu?"

Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum...

"Dari mana bos?"

Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke?

Consultant jawabnya.

Oooh...

"Consultant untuk pinjaman perniagaan dan penasihat kepada bank-bank di Malaysia".

"Woww"!!!
Mesti best jawab hati aku.

"Saya dah 30 tahun dalam bidang ini," katanya.

Aku tanya dia,
"Macam mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?"

Dia tersenyum dan katanya,

"Saya nasihatkan guna apa yang kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank. Apa yang ada, besarkan modal.
Saya bermula dari kecil.
Mula ada RM10k,
kemudian RM20k,
RM60k, RM80k, kemudian kepada RM100k, RM200k, RM400k dan RM800k. Cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan.
Paling seronok jika dapat RM1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat RM1 juta yang ke-2 terlalu mudah dan pantas," katanya.

Aku terdiam..

"Ramai orang susah datang berjumpa saya, mereka bertanya apa rahsia saya? Saya akan berkata,

"Allah jadikan dunia ini untuk kita, kita dikurniakan akal, gunakan sebaik mungkin. Jujur dan jangan menipu. Ramai yang tak yakin janji Allah sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja dan "pasti" akan ditunaikan.

"Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya. Solat 5 waktu, dhuha jangan tinggal, bangun tahajud malam.
Minta sungguh-sungguh.
Pekerja saya, bila azan bergema, saya arahkan tinggalkan kerja 'sekarang'.
Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu! Allah panggil kita menghadap dia. Tapi kadang kala kita cakap,

"Tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi!"

Allah itu pencipta alam semesta. Kita boleh cakap pula pada DIA macam tu?,"

Dammm !!!
Tersentap aku..

Katanya lagi,

"Ramai yang datang minta kerja. Soalan pertama saya tanya,

"Awak solat tak 5 waktu?"

Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun, jika tak solat saya tak akan terima. Ada yang datang nak suruh support buat pinjaman RM100k, RM1 juta, RM50 juta atau RM500 juta saya boleh tolong. Bagi kertas kerja pada saya, saya selidik dan sain serta recommend pada bank dan bank akan luluskan. Tetapi soalan pertama saya tanya dulu,

"Awak solat tak 5 waktu?
Jika tidak, awak balik saja," katanya.

Ada yang berkata,
"Abang tu bawa 'Transformers' pergi masjid". Jika saya, bawa Kancil je..

Katanya,
"Kereta itu milik Allah. Dia bagi pinjam je tu. Apa salahya saya bawak dia pergi menghadap Allah? Hati niat kena betul, jangan niat nak menunjuk-nunjuk. Niatkan nak cepat menghadap Allah, nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha. Kereta itu saya beli hampir RM700k import. Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai. Saya bukan tak mahu Ferrari atau Lamborgini. Sebab ekzos dia bising.

Kereta Chevrolet Mustang ini lagi laju dari Ferrari atau Lamborgini. Kereta ini 6.2CC. Ferrari dan Lamborgini baru 4.8CC.
10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin.
Niat apa yang kita ada untuk manfaat pada orang lain. Kereta itu cuma besi yang diisi enjin, dituang minyak. Start dan berjalanlah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur".

Satu lagi pesan saya.
"Berkawan", kita yang perlu pilih.
Pilih orang yang boleh mem
bawa kita kepada kebaikan di dunia dan yang paling utama, Akhirat.

Dunia ini pinjaman..
Carilah pinjaman yang terbaik disini. Untuk kekayaan sebenar di sana.

Waah !!! hebat giler bila berjumpa somebody.

InsyaAllah, kata-katanya dan pengalaman beliau sangat-sangat membantu.

Sampaikan...
Selalu kita akan tanya apa rahsia utk kaya...
tapi kita lupa untuk jaga hubungan dengan Yang Maha Kaya...

Peringat utk diri sendiri dan anda kawan² yg bakal kaya, InsyaAllah..

Saya mohon kepada gadis-gadis dan juga para abang-abang, adik-adik, baca post ni sampai habis.

Saat memandang kain sempit mu,
seluar ketat mu,
baju sendat mu,
tudung singkat mu,
solat dan ibadahmu...
Aku ingin sekali menegurmu.
Namun,
Sering saja terkaku. Rasa tak mampu..

Kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur. Jauh di sudut hati terasa bimbang. Aku bimbang di akhirat kelak. Kau akan mempersoalkan aku.

"Kau sahabat aku. Kenapa kau tak tegur aku dulu ?
Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan ?
Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan ?
Aku kurang ilmu agama. Tapi kau tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama kau tu ?
Kenapa kau tak guna untuk bantu aku ?
Kau tunggulah di akhirat kelak.
Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku."

AllahuAkhbar..

Sahabat,
Begini lah cara aku menegur mu.
Dengan post kecil ini. Hari ini..
Sekurang - kurangnya.
Bila aku di soal Nya di akhirat nanti.
Tentang apa yang aku lakukan untuk sahabatku..

Aku boleh jawab bahawa,
"Aku telah menegur mereka.
Dengan post kecil ku ini.
Dan dengan selemah-lemah iman ku,
Iaitu mendoakan mereka dari jauh.."

Aamiin

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff