18/01/2016

Bowling : Sakit Masih Terasa

Salam.

Setahun berlalu sejak aku mengalami kemalangan jatuh pokok mangis di kampung.

Kemalangan yang telah mematahkan tulang neck femur aku..

Dalam 6 bulan jugak aku ambik masa untuk pulih...dan dalam tempoh itu jugak aku hanya bergantung kepada tongkat dan solat secara duduk

dan paling penting dalam masa itu jugak aku ada masa untuk bersuluk dan juga berdoa kepada Allah semoga tulang aku bersambung semula dan aku dapat berdiri menggunakan kedua kaki aku semula.

Dan semalam aku cuba bermain bowling di Ampang Point selepas dua tahun tidak bermain.

dalam keadaan begini sukan bowling menjadi pilihan..berbanding sukan-sukan lain yang memerlukan pergerakan fizikal yang banyak..

Dalam sukan bowling aku suka lihat cara Rafiq Ismail bermain..aku tertanya tanya bola bowling apa yang dia pakai dan berapa berat

Aku bermain 3 game dengan humaira dan miqdad...

Rupe-rupenyer...kecederaan aku masih belum pulih sepenuhnya...kaki kiri aku masih terasa kebas dan otot terasa sedikit tegang. Malamnya aku lumurkan kaki aku dengan minyak panas..untuk lena yang lebih panjang.

Aku sedang memikirkan sama ada akan menyertai tournament oleh syarikat di IOI mall pada 14.2.16..atau sekadar join untuk memeriahkan suasana bukan untuk jadi penerima hadiah.

Wassalam

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff