01/01/2016

Pemasaran Tersembunyi IKEA

Salam,

Sempena cuti maulidur rasul aku sempat riki IKEA cheras..lokasi dekat bulatan pandan..jangan sampai terlajak sampai naik MEX sudah..macam aku kena..hehehe

aku sampai dalam pukul 4.30 petang dan pukul 8.30 malam baru keluar..

pergh! parking memang penuh...ramai betul makluk tuhan yang datang...walaupun IKEA ni belum dimakeup sepenuhnya lagi.

Yang best kat sini air boleh minum free ...boleh tambah sesuka hati.sampai perut kembung..cuma bayar sekali untuk cawan..kalo nak jimat sangat..ambik je cup yang orang tinggalkan kat atas meja.hehe

Kenapa aku boleh lama sangat kat sini..aku rasa kalo bagi satu hari baru abis tawaf  tempat ni..dia buat style pagar sesat..memang penat sangat dengan nak melayan telatah anak-anak aku yang 3 orang.

Aku tanyakan dekat humaira kenapa orang begitu beria lepak kat IKEA ni.

Jawapannya...they feel like home..

Aku tawaf x abis ..usai solat maghrib dekat surau yang aku rasa pihak IKEA perlukan besarkan lagi..untuk menampung jumlah jemaah yang agak ramai..aku rasa aku solat shif yang keempat atau kelima.

Kalo korang datang untuk curi idea bagi deco rumah korang pun boleh kat sini..xperlu membeli..hanya datang curi ilham dari perekabentuk dan interior design dari Jerman..mcm aku buat..dan aku berjaya..hehe

Wassalam

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff