Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Pengucapan Awam

Rahsia Pengucapan Awam - Gaya Sheikh Ahmed Deedat.

30/03/2016

Batman v Superman Bukan Untuk Kanak-Kanak

Salam.

Semalam aku sempat layan cerita batman lawan superman di panggung wayang yang terletak di Taman Dagang.

Orang memang x ramai..mungkin week day kot.

lepas layan tomyam di restoran Bonda aku gerak pergi layan wayang.

Dalam panggung kebanyakan penonton terdiri daripada family dan kanak-kanak. Maklum la kan.cerita superhero budak-budak la yang paling seronok.

Tapi masuk part permulaan..yang lois lane mandi dalam tab mandian dalam keadaan bogel.

Sebelah aku ada budak yang agak umur dalam 13 tahun.

Rasa macam, nak je aku tutup mata budak tu dengan tangan aku.

Ada a few lagi part ciuman antara lois lane dan superman.

Kadang-kadang dalam panggung kedengaran suara baby..confirm ada famili dalam panggung tu.

Dalam hati, pengaruh movie sebegini yang membawa masalah sosial kepada masyarakat kita sekarang.

Dari segi penceritaan memang gempak..namun aku agak kurang gemar dengan pelakon Wonder Woman iaitu Gal Gadot..seorang model yahudi dan Ka-El ?

Walaubagaimana pun keseluruhan cerita dan kesan efek aku kagum..

Wassalam.

29/03/2016

Cari Model Buku

Salam.

Pernah tak anda berjumpa dengan satu buku yang anda rasa ingin membawanya sentiasa di dalam beg galas anda mahu pun ke tempat kerja.

Ya! aku ada mengalaminya..yang bestnya setiap bulan ianya akan bertukar-tukar..aku sangat suka perasaan tu.

Perasaan bila ada masa terluang atau masa menunggu sesuatu aku akan membuka dan membacanya. Ketika menunggu waktu mesyuarat bermula, menunggu ketika servis kereta atau menunggu hujan berhenti di tepi jalan ketika perjalanan pulang dengan motor kapcaiku.

I dont know what people will think...tetapi aku teruskan membaca tanpa hiraukan orang disekeliling... Sekarang buku yang aku cuba habiskan adalah buku "Secret Of Successfull Teen' oleh Adam Khoo.

Adam Khoo merupakan penulis dari Singapura.beliau menggunakan bahasa inggeris yang mudah..jika hendak dibandingkan dengan penulis-penulis bestseller dari barat.

Di dalam bukunya Winning The Game Of Life ada beliau nyatakan bagaimana beliau menulis buku terlaris.

Caranya adalah dengan mengkaji pattern atau corak penulis bestseller yang  lain.

Kemudiannya beliau akan hasilkan buku beliau sendiri berdasarkan kepada kajian terhadap buku-buku terlaris berkenaan.

Sekiranya anda ingin menjadi bestseller anda pun boleh melakukan perkara yang sama. Tetapi lagi ringkas dan senang iaitu dengan mengkaji buku tulisan Adam Khoo yang merupakan masterpiece daripada buku-buku terlaris yang lain.

Dan semestinya buku beliau adalah antara buku bestseller...antaranya Self-Made Millionaire, The No-Limit Habit, I M Gifted So  Are You dan Master Your Mind Design Your Destiny.

Untuk maklumat lanjut anda boleh lawati www.adam-khoo.com.

Wassalam

27/03/2016

Tulis Novel Dengan Kaedah T.I.F

Salam.

Penulis dengan nama pena Nora Isma Fuad dengan nama sebenarnya Noor Arbaiah Ismail..Merupakan penulis 5 buah buku fiksyen.

Antaranya Cinta Cape Town, Dr Love, Cinta dan Purnama Merindu.

Novel Purnama Merindu dibuat pelancaran pada sambutan Hari Guru Kebangsaan 2012.

Beliau mengguna pakai kaedah TIF untuk iaitu Travelog, Intelektual dan Fakta menyiapkan manuskrip novel beliau.

Jika anda penulis fiksyen anda juga boleh menggunakan ramuan yang sama untuk menyiapkan buku fiksyen anda.

Kerana selalunya unsur-unsur yang berdasarkan travelog amat diminati oleh pembaca.

Nyatakan suasana dan nama tempat atau lokasi watak berada.

Secara tidak langsung pembaca juga akan merasai apa yang dirasai oleh watak yang ditulis.

Wassalam.


Pembaca BETA

Salam.

Siapa pembaca beta?

Pembaca beta adalah pembaca pertama atau terawal yang anda berikan untuk membaca buku anda sebelum diserahkan manuskrip kepada penerbit atau diedarkan kepada pasaran.

Kenapa kita perlukan pembaca beta?

Kadang-kadang apabila kita menulis kita akan terlepas pandang sesuatu kesalahan kecil.

Walaupun beberapa kali telah dilakukan semakan.

Maka disini adalah pentingnya peranan pembaca beta untuk menyemak dan memberikan sebarang maklum balas terhadap penulisan kita.

Siapakah pembaca beta?

Pembaca beta boleh terdiri daripada :

1. Rakan kenalan yang rapat dengan anda.

2. Ahli keluarga yang menyokong kerjaya anda.

3. Senarai pembaca setia yang mengikuti perkembangan anda.

4. Rakan satu industri- penulis lain yang anda kenal semasa menghadiri seminar.

5. Penulis bestseller yang sudi memberikan review berkenaan buku anda.

Wassalam.

Jumlah Mukasurat Sebuah Buku

Salam.

Dan Poynter di dalam bukunya bertajuk Write & Grow Rich mengatakan jumlah mukasurat untuk sesebuah buku non-fiction boleh terdiri daripada 128 hingga 256.

Jika tidak buku berkenaan akan kelihatan nipis dan pembaca mungkin tidak berminat membelinya.

Sekirannya jumlah mukasurat dalam 96 mukasurat pastikan anda sertakan resources atau bonus kepada pembaca.

Jumlah mukasurat dapat ditentukan dengan mudah oleh penulis berdasarkan kepada Bab.

Contohnya.. jika anda mempunyai 15 bab dalam buku anda dan anda memperuntukkan untuk satu-satu bab mempunyai sekurang-kurangnya 10 mukasurat.

Secara tidak langsung anda mempunyai 150 mukasurat untuk buku non-fiction anda.

Tip untuk memperbanyakkan mukasurat adalah dengan meletakkan banyak gambar dan quote..dan pastikan ianya tidak melampau-lampau.

Wassalam.

Masukkan Penceritaan Dalam Buku

Salam.

Penceramah profesional, ahli politik atau cikgu di sekolah tahu kepentingan penceritaan dalam sesebuah pengucapan.

Ini kerana penceritaan membawa terus hiburan ke dalam minda pembaca tanpa perlu memproses input berkenaan dan ianya menjadikannya mudah diingati dan kekal lama dalam ingatan pendengar.

Maka pengumpulan cerita adalah sama penting prosesnya dalam pengumpulan fakta, quotation atau maklumat-maklumat lain untuk buku anda.

Cerita-cerita yang anda perlu cari adalah:-

1. Cerita mengenai pengalaman diri sendiri.

2. Cerita mengenai kawan anda yang berkaitan dengan bab yang sedang ditulis.

3. Cerita berkenaan dengan individu berjaya yang dikenali ramai semestinya masih berkaitan dengan bab yang anda tulis.

Wassalam.

Dan Poynter : 1938 - 2015

Salam.

Dan Poynter adalah penulis yang boleh dikatakan legenda dan perintis dalam bisnes penerbitan sendiri.

Beliau menulis dan menerbitkan sendiri buku yang ditulis oleh beliau melalui syarikat penerbitannya iaitu Para Publishing.

Beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada 1 November 2015 akibat komplikasi kanser dalam usia 77 tahun.

Dalam hidupnya beliau sangat mencintai dunia penerjunan payung terjun dan paragliding.

Selain daripada dunia penerbitan buku.

Terdapat lebih kurang 130 buah buku yanh dikarang oleh beliau dan yang paling dikenali ramai adalah buku berkenaan parachute yang ditulis dalam masa 8 tahun..berkenaan dengan penerjunan.

Kemudian buku-buku berkenaan dengan penulisan iaitu Self-Publishing Manual, Write and Grow Rich dan Successfull Non-Fiction.

Wassalam.

Jumlah Mukasurat Sebuah Buku

Salam.

Dan Poynter di dalam bukunya bertajuk Write & Grow Rich mengatakan jumlah mukasurat untuk sesebuah buku non-fiction boleh terdiri daripada 128 hingga 256.

Jika tidak buku berkenaan akan kelihatan nipis dan pembaca mungkin tidak berminat membelinya.

Sekirannya jumlah mukasurat dalam 96 mukasurat pastikan anda sertakan resources atau bonus kepada pembaca.

Jumlah mukasurat dapat ditentukan dengan mudah oleh penulis berdasarkan kepada Bab.

Contohnya.. jika anda mempunyai 15 bab dalam buku anda dan anda memperuntukkan untuk satu-satu bab hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 10 mukasurat.

Secara tidak langsung anda mempunyai 150 mukasurat untuk buku non-fiction anda.

Tip untuk memperbanyakkan mukasurat adalah dengan meletakkan banyak gambar dan quote..dan pastikan ianya tidak melampau-lampau.

Wassalam.

24/03/2016

Tulis Apa Yang Anda Suka Baca

Salam.

Cuba anda lihat di rak buku rumah anda ..peratusan jenis buku dalam genre mana yang paling banyak.

Atau .. jika anda ke kedai buku seperti Popular, MPH dan Kinokuniya..kategori buku manakah kaki anda akan melangkah.

Disitula terletaknya niche atau jurusan yang anda patut tulis.

Jika anda masih lagi ingin menulis lain daripada bidang kesukaan anda..cara terbaik adalah dengan menggunakan penulis hantu aka Ghostwriter..dan semestinya ia melibatkan kos.

Wassalam.

Mitos Malas Membaca

Salam.

Dari zaman aku kecik hingga dewasa..sering aku dimomokkan bahawa bangsa melayu malas membaca.

Bila mana dibincangkan soal malas membaca pasti akan terfikirkan bangsa melayu yang malas membaca.

Ianya tidak benar sama sekali..sama juga dengan mengatakan bangsa melayu bangsa yang malas berniaga..ianya juga tidak betul sama sekali.

Aku pernah menghadiri satu taklimat untuk penerangan tender bagi satu sistem kesihatan yang berharga jutaan ringgit ..terdapat lebih kurang 50 syarikat yang hadir dan ianya adalah syarikat bumiputera..aku matikan di sini hujah bangsa melayu malas berniaga.

Walaupun kita jarang melihat kaum melayu yang membaca di dalam LRT atau di hentian bas tidak semestinya bangsa melayu malas membaca.

Mungkin kejayaan diukur dengan jenis  pekerjaan yang dimiliki oleh seseorang dan kita mengandaikannya individu yang rajin membaca.

Kerana seseorang yang berjaya semestinya rajin membaca..mana mungkin orang yang tidak rajin membaca boleh berjaya..kerana untuk berjaya perlukan pengetahuan..dan pengetahuan hanya boleh didapati dengan bacaan.

Namun kini jika kita lihat di dalam keretapi ...di kedai-kedai makan..di dalam lif ..waima ketika sedang memandu..bangsa melayu adalah bangsa yang paling rajin membaca.

Kita membaca bacaan daripada grup wasap, intagrams dan post daripada facebook...walaupun bacaannya bukan ilmiah..namun sedikit sebanyak ianya memupuk minat membaca di dalam hati seseorang.

Dengan penggunaan telefon pintar untuk membaca Al-Quran di dalam bas atau lrt bukan lagi menjadi isu.

Sementelahan pula ..perasaan malu untuk membaca juga dapat dibuang.. kerana tiada yang tahu apa yang anda sedang baca di dalam telefon pintar anda.

Sekali lagi..aku sangkal dakwaan yang bangsa melayu itu malas membaca.

Wassalam.

22/03/2016

Tips Konsisten Dalam Menulis

Salam...

Bila bercakap mengenai konsistensi dalam penulisan.

Pertamanya aku akan terfikirkan mengenai Blogger Ben Ashaari.

Dalam bidang penulisan blog di Malaysia aku rasa tiada yang dapat chalenge dia dari segi updating post dalam blog..

Setiap hari ada saja idea dan entri baru yang diupload oleh saudara Ben Ashaari dan ianya begitu konsisten.

Manakala dalam dunia penulisan pula... aku mengambil 3 contoh individu yang konsisten dalam menulis sesebuah buku.

pertamanya puan Ain Maisara..beliau memperuntukan KPI untuk menulis paling kurang 5 mukasurat setiap hari.

Keduanya saudara ewen chia..lagi hebat beliau memperuntukan satu hari sebanyak satu bab yang akan ditulis...tidak hairanlah beliau kekurangan tidur yang mencukupi.

Seterunya penulis novel siri arkane saudari Joanna Penn..di mana beliau memperuntukan sebanyak 1000 patah perkataan yang akan ditulis setiap hari...sehinggalah selesai satu buku.

Anda pula bagaimana?

Wassalam.

Mereka Ketawa Bila Aku Kata Ingin Jadi Penulis

Salam...

Jarang kita dengar...apabila cikgu tanya masa sekolah rendah dulu.Cita-cita nak jadi PENULIS.

Selalunya yang kita dengar nak jadi doktor, peguam, cikgu, polis atau askar..yang pandai berfikir sedikit menjawab ingin jadi usahawan atau ahli politik.

Kebanyakannya akan terpesong daripada cita-cita semasa kecil...kerana ianya akan ditentukan oleh bidang yang diambil semasa di Universiti..itu pun mengikut keputusan daripada permohonan melalui borang UPU.

Mereka ketawa kerana semua orang boleh jadi penulis..

Termasuklah mereka-mereka yang tidak lulus lepasan sekolah.

Tetapi yang membezakan penulis-penulis adalah bagaimana mereka dapat menyara hidup sebagai penulis.

Ada yang menjadikan penulisan sebagai kerja sambilan..kerana tidak yakin boleh menjana sumber pendapatan daripada penulisan.

Wassalam

Buku Bakal Pupus

Salam...

Seorang profesor membuat ramalan yang buku bakal pupus dalam masa 10 tahun lagi.

Dalam pada masa yang sama Gallery Bookstore sebuah syarikat pengedar buku bercadang ingin menambah 10 lagi cawangan.

Ternyata ianya sangat subjektif..

Pada aku..industri buku secara konvensional tidak akan pupus ..cuma volume percetakan mungkin akan berkurangan. Kerana rakyat Malaysia akan lebih tertumpu kepada ebook..

Memandangkan ebook mudah dibawa didalam telefon pintar.

Sementelahan pula..mempunyai buku secara hardcopy adalah salah satu elemen sentimental...

Ya, aku suka pegang buku secara fizikal berbanding digital..kekadang membaca buku secara digital menyakitkan mata dan kurang kepuasan sebenar.

wassalam.

Teknik Membaca Yang Berkesan

Salam..

Pernahkah anda sedar 80% perkataan yang anda baca di dalam satu-satu buku adalah sampah.

Hanya 20% adalah kata kunci.

Kata kunci terdiri daripada Noun, adverb, adjective dan verb.

Selain daripada itu adalah dikenali sebagai ayat atau kata penghubung.

Oleh itu..untuk memudahkan anda membaca sesebuah buku dalam
dalam masa yang singkat..pastikan anda boleh membezakan kata kunci dan ayat-ayat penghubung.

Wassalam

19/03/2016

Nak Jadi CEO Tak Perlu Tau Semua

Salam.

Semakin tinggi pangkat seseorang semakin jauh daripada kerja-kerja teknikal atau perkhidmatan.

Jauh daripada kerja-kerja penghasilan produk...atau kerja-kerja yang berurusan dengan pelanggan.

Seorang CEO lazimnya terlibat dalam pentadbiran dan pembuatan polisi syarikat.

Jumaat lepas..aku berkesempatan menghadiri sesi perbentangan untuk satu sistem pengurusan fail secara elektronik..di mana fail-fail akan diimbas dan disusun secara digital..dan kemudiannya fail tersebut boleh diakses di mana mana saja..selagi ada talian internet.

Pencarian juga senang dilakukan..dengan menggunakan kata kunci.

Tetapi kekangan di sini adalah...adakah sistem perundangan kita mengiktiraf penggunaan dokumen digital?

Jawapannya...adalah belum lagi.

Sesi berkenaan dihadiri oleh CEO syarikat itu sendiri..adakah beliau tahu berkenaan sistem yang akan dibentangkan?

Ia,  secara umumnya mungkin  beliau tahu..tetapi secara teknikalnya tidak.

Apa yang beliau lakukan adalah dengan membawa IT Manager bersamanya ..untuk membentangkan sistem berkenaan.

Kemudiannya selesai taklimat...kemukakan soalan jika ada.ujarnya lagi...just simple as that.

Adakah penggunaan sistem tersebut diterima? ianya masih lagi diperingkat penilaian..kerana beberapa perkara perlu diambil kira seperti kos dan jumlah rekod yang hendak di elekronikan..serta perlukah hardcopy dan softcopy disimpan secara serentak? Sekiranya perlu maka menggunakan sistem lama adalah jalan terbaik.

wassalam.

17/03/2016

Kesilapan Anak Muda Bila Berniaga

Salam..

Di kawasan kejiranan aku terdapat satu gerai yang dibuka oleh beberapa anak muda.

Stall yang dulunya sebagai tempat pemeriksaan keselamatan oleh rukun tetangga. Kemudiannya dijadikan gerai untuk anak-anak muda ni berniaga.

berniaga bagi anak-anak muda aku anggap sebagai usaha murni..bagi mendapatkan pengalaman supaya dapat pergi jauh.

Tetapi aku tidak pernah pergi membeli digerai berkenaan yang menjual makanan-makanan barat..seperti hotdog dan sebagainya.

Nak tau kenapa..kerana gerai berkenaan penuh dengan kawan-kawan anak-anak muda itu tadi..dan ianya mengundang rasa kurang selesa aku untuk singgah..dengan deretan moto dan perempuan yang lepak didalamnya...menjadikan ianya bukan sebagai gerai jualan..tapi lebih kepada tempat lepak.

Di sebelah gerai berkenaan terdapat sebuah kedai burger yang diusahakan oleh seorang makcik dan anaknya. Hanya mereka berdua kekadang ditemani oleh cucunya setiap malam. Aku merasakan kehadiran gerai anak-anak muda ini sedikit terganggu dengan kawan-kawan yang datang melepak dan bersembang.

Aku meramalkan ianya tidak akan bertahan lama...menunggu hari untuk tutup jika keadaan sama dikekalkan..mahu berkawan atau berniaga?.jika nak berniaga buat cara nak berniaga..dan lebih malang lagi ianya adalah anak-anak muda melayu..yang baru nak belajar berniaga ..aku agak begitu.

wassalam

14/03/2016

Kekadang Pendorong Diperlukan Untuk Berjaya

Salam...

Satu tika dulu ditebing sungai kinabatangan diadakan pertandingan terjun ke dalam sungai yg dipenuhi buaya dgn hadiah lumayan rm1juta + puteri ketua rumah panjang..tetapi tiada seorang pun yg sanggup menyertainya..ibarat terjun ke lubang kubur.

Penganjur pn menaikkan jumlah hadiah kpd 1.2juta..tiada juga yang sanggup terjun..wang dinaikkan lgi kpd 1.5juta..tiada siapa jg yg mahu terjun..sehinggalah jumlah hadiah dinaikkan kpd 2.1juta..

tiba2..bedebungg!!!...seorang lelaki separuh umur terjun..ramai org bertepuk tangan..ramai jg yg beristigfar dan berkata innalillahwainnailaihirajiun.

Tetapi tanpa diduga dgn renangan luar biasa,gaya bebas,gaya kupu2,lentang,dan gaya entah apa lagi,lelaki tersebut berenang sampai ke tebing sungai dgn jayanya..

Semua buaya tdk sempat berbuat apa2 kerana kelaki tersebut terlalu laju ...
sampai sahaja di tebing sungai,penganjur datang kepadanya utk bertanyakan samada mahu hadiah dalam bentuk wang tunai atau cek..

Dalam keadaan yg msih letih menggila..lelaki itu menjawab...
"Aku xmau hadiah apa2..aku nk cari haramjadah aka pendorong mana tolak aku td????"
‍‌‌‌‌‌‍‍‍‍‌
Wassalam‌‌ ‍‌‌‌‌‌‍‍‍‍‌‌ ‍‌‌‌‌‌‍

12/03/2016

Tulis Kisah Anda

Salam.

Sebagai pengarang atau penulis...soalan lazim yang ditanya...bagaimana mendapatkan idea untuk menulis.

Cara paling senang untuk menulis adalah:-

Tulis kisah anda.

Ye! banyak kisah cerita anda..ramai penulis terlaris yang menjana pendapatan dengan menulis kisah sendiri dan kemudian..dikongsikan dengan masyarakat...

Buku-buku yang dikarang oleh robert kiyosaki kebanyakan berkenaan dengan pengalaman hidup beliau.

Termasuklah penulis buku Eat,Pray and Love...Elizabeth Gilbert yang kemudiannya difilemkan.. yang aku tonton secara haram melalui muat turun ..hehehe

Begitu juga buku karangan Chef Li semuanya berdasarkan kisah hidup beliau.

Ianya langkah paling mudah untuk bermula sebagai penulis...adalah dengan membukukan kisah anda..Sama ada kejayaan anda dalam perniagaan atau kegagalan anda dalam bisnes online sebagai buku pertama ...Sebab hanya anda yang tahu tentang diri anda.

Wassalam.

08/03/2016

Writer Vs Author

Salam..

Sekarang jam menunjukkan 12.46 pagi. Aku ingat nak siapkan buku 'Author Entrepreneur' yang korang boleh dapatkan di authorentrepreneur.blogspot.my dalam masa yang terdekat ni. Aku belum tentukan lagi sama ada ingin berikan percuma atau dikenakan sedikit token..minisite untuk buku ni pun aku belum buat lagi..sibuk giler beb!

Draf aku dah tulis dalam buku nota cuma belum update dalam format buku lagi..hehehe.

Penat hoi...balik kerja nak menulis lagi.

So topik aku pagi ni ..apa bezanya writer dan author ..kalo ikut kamus dewan ianya sama saja iaitu penulis. Perbezaannya adalah dari segi skop kerja..jeng ..jeng..

1. Writer - adalah individu yang hanya kerjanya adalah menulis. Kemudiannya hasil karyanya akan diberikan kepada penerbit untuk diterbitkan.

2. Author - adalah individu yang menulis, mengedit, membuat cover, menerbit dan memasarkan buku sendiri.

Jika anda ditempat nombor 2 maka anda boleh mengelarkan diri anda sebagai Author.

Wassalam.

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff