29/03/2016

Cari Model Buku

Salam.

Pernah tak anda berjumpa dengan satu buku yang anda rasa ingin membawanya sentiasa di dalam beg galas anda mahu pun ke tempat kerja.

Ya! aku ada mengalaminya..yang bestnya setiap bulan ianya akan bertukar-tukar..aku sangat suka perasaan tu.

Perasaan bila ada masa terluang atau masa menunggu sesuatu aku akan membuka dan membacanya. Ketika menunggu waktu mesyuarat bermula, menunggu ketika servis kereta atau menunggu hujan berhenti di tepi jalan ketika perjalanan pulang dengan motor kapcaiku.

I dont know what people will think...tetapi aku teruskan membaca tanpa hiraukan orang disekeliling... Sekarang buku yang aku cuba habiskan adalah buku "Secret Of Successfull Teen' oleh Adam Khoo.

Adam Khoo merupakan penulis dari Singapura.beliau menggunakan bahasa inggeris yang mudah..jika hendak dibandingkan dengan penulis-penulis bestseller dari barat.

Di dalam bukunya Winning The Game Of Life ada beliau nyatakan bagaimana beliau menulis buku terlaris.

Caranya adalah dengan mengkaji pattern atau corak penulis bestseller yang  lain.

Kemudiannya beliau akan hasilkan buku beliau sendiri berdasarkan kepada kajian terhadap buku-buku terlaris berkenaan.

Sekiranya anda ingin menjadi bestseller anda pun boleh melakukan perkara yang sama. Tetapi lagi ringkas dan senang iaitu dengan mengkaji buku tulisan Adam Khoo yang merupakan masterpiece daripada buku-buku terlaris yang lain.

Dan semestinya buku beliau adalah antara buku bestseller...antaranya Self-Made Millionaire, The No-Limit Habit, I M Gifted So  Are You dan Master Your Mind Design Your Destiny.

Untuk maklumat lanjut anda boleh lawati www.adam-khoo.com.

Wassalam

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff