17/03/2016

Kesilapan Anak Muda Bila Berniaga

Salam..

Di kawasan kejiranan aku terdapat satu gerai yang dibuka oleh beberapa anak muda.

Stall yang dulunya sebagai tempat pemeriksaan keselamatan oleh rukun tetangga. Kemudiannya dijadikan gerai untuk anak-anak muda ni berniaga.

berniaga bagi anak-anak muda aku anggap sebagai usaha murni..bagi mendapatkan pengalaman supaya dapat pergi jauh.

Tetapi aku tidak pernah pergi membeli digerai berkenaan yang menjual makanan-makanan barat..seperti hotdog dan sebagainya.

Nak tau kenapa..kerana gerai berkenaan penuh dengan kawan-kawan anak-anak muda itu tadi..dan ianya mengundang rasa kurang selesa aku untuk singgah..dengan deretan moto dan perempuan yang lepak didalamnya...menjadikan ianya bukan sebagai gerai jualan..tapi lebih kepada tempat lepak.

Di sebelah gerai berkenaan terdapat sebuah kedai burger yang diusahakan oleh seorang makcik dan anaknya. Hanya mereka berdua kekadang ditemani oleh cucunya setiap malam. Aku merasakan kehadiran gerai anak-anak muda ini sedikit terganggu dengan kawan-kawan yang datang melepak dan bersembang.

Aku meramalkan ianya tidak akan bertahan lama...menunggu hari untuk tutup jika keadaan sama dikekalkan..mahu berkawan atau berniaga?.jika nak berniaga buat cara nak berniaga..dan lebih malang lagi ianya adalah anak-anak muda melayu..yang baru nak belajar berniaga ..aku agak begitu.

wassalam

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff