19/03/2016

Nak Jadi CEO Tak Perlu Tau Semua

Salam.

Semakin tinggi pangkat seseorang semakin jauh daripada kerja-kerja teknikal atau perkhidmatan.

Jauh daripada kerja-kerja penghasilan produk...atau kerja-kerja yang berurusan dengan pelanggan.

Seorang CEO lazimnya terlibat dalam pentadbiran dan pembuatan polisi syarikat.

Jumaat lepas..aku berkesempatan menghadiri sesi perbentangan untuk satu sistem pengurusan fail secara elektronik..di mana fail-fail akan diimbas dan disusun secara digital..dan kemudiannya fail tersebut boleh diakses di mana mana saja..selagi ada talian internet.

Pencarian juga senang dilakukan..dengan menggunakan kata kunci.

Tetapi kekangan di sini adalah...adakah sistem perundangan kita mengiktiraf penggunaan dokumen digital?

Jawapannya...adalah belum lagi.

Sesi berkenaan dihadiri oleh CEO syarikat itu sendiri..adakah beliau tahu berkenaan sistem yang akan dibentangkan?

Ia,  secara umumnya mungkin  beliau tahu..tetapi secara teknikalnya tidak.

Apa yang beliau lakukan adalah dengan membawa IT Manager bersamanya ..untuk membentangkan sistem berkenaan.

Kemudiannya selesai taklimat...kemukakan soalan jika ada.ujarnya lagi...just simple as that.

Adakah penggunaan sistem tersebut diterima? ianya masih lagi diperingkat penilaian..kerana beberapa perkara perlu diambil kira seperti kos dan jumlah rekod yang hendak di elekronikan..serta perlukah hardcopy dan softcopy disimpan secara serentak? Sekiranya perlu maka menggunakan sistem lama adalah jalan terbaik.

wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff