11/04/2016

Copyright Tajuk Buku

Salam.

Tajuk buku adalah salah satu elemen penting dalam bidang penulisan.

Ibarat nama seseorang..begitu juga dengan nama buku.

Pembaca mengenali buku dengan membaca nama pada kulit buku.

Pastikan nama yang diberikan adalah positif dan memberikan rasa curiosity kepada pembaca.

Contoh tajuk buku saya hasilkan seperti..Rahsia Sebutharga dan Rahsia Ecover.

Adakah penulis lain boleh menggunakan tajuk buku yang sama?.

Jawapannya adalah Ya!.

Tidak menjadi kesalahan jika menggunakan tajuk buku yang telah berada di pasaran.

Masalahnya adalah kepada pembaca..yang mungkin diberikan buku lain bila bertanyakan tentang buku anda di kedai buku.

Pernahkah anda mendengar mengenai sebuah pulau yang diberi nama Hog Island di kepulauan Caribean.

Pada asalnya tiada pelawat atau pelancong yang mengetahui kewujudan pulau ini.

Apabila dijenamakan dengan Paradise Island...anda boleh jangkakan berapa ramai pelancong yang datang ke pulau ini.

Itulah kuasa penjenamaan ...begitu juga dengan nama buku anda ..pastikan ianya menarik dan memikat para pembaca.

Pastikan anda mempunyai domain di blogspot untuk nama buku anda atau sewa webhosting yang berbayar.

Wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff