17/04/2016

Pengakhiran SBB 2016

Salam.

Waktu dah di penghujung program sepetang bersama Blogger..mini forum sesi petang aku kira lebih menarik daripada sesi pagi..hujan turun dengan lebatnya disebelah petang..

aku sempat turun daripada dewan campbell tempat sbb berlangsung ke pasar di Jalan TAR sementara menunggu sesi seterusnya pada jam 2.30 petang.

Panel sebelah pagi terdiri daripada Aqif Azizan, Cikgu Ali Hanafiah dan saudara Hasrul Hasan.

Panel sebelah petang terdiri daripada abangensem.com , pelakon Adi Putra dan jutawan Amin Che Ani.

Yang paling aku terkesan adalah topik yang dibawa oleh abang ensem.

Manakala Adi Putra no komen...isi aku rasa xde sangat..biasa-biasa je.. Encik Amin Che Ani..menggariskan 3 elemen utama dalam perniagaan yang beliau amal iaitu :-

1. Cari produk yang bagus untuk berniaga.
- Dimana beliau menjadi jutawan hanya sebagai pengedar dan bukan sebagai pengeluar produk.
- Beliau dulunya adalah seorang pekerja kilang..siang bekerja di kilang..malamnya bukak gerai makan..jual kuew tiau.

2. Pemasaran.
- Teknologi pemasaran terkini adalah menerusi internet.Maka hendaklah kuasai pemasaran melalui internet.

3. Strategi Perniagaan.
- Pelajari selok belok dalam bisnes yang diceburi...buat bisnes sehingga orang kata anda giler..dan berusaha untuk gandakan pendapatan.bukannya menambah pendapatan..ada perbezaan antara gandakan pendapatan dan menambah pendapatan..untuk cepat kaya anda perlu gandakan pendapatan.

Ramalan beliau mengenai produk masa depan  5 ke 10 tahun yang akan meletup adalah produk berasaskan biotech.

itu adalah intipati yang aku hafal semasa sesi forum..aku hafal sebab aku x bawak pen..lupa ..hehehe.

Abangensem.com..menggariskan 4 elemen kejayaan beliau...yang aku hafal BRANDING je ..dan bagaimana beliau takle mak hanis zalikha untuk mendekati hanis zalikha..tujuannya adalah untuk tujuan penjenamaan..

begitu juga dengan redmummy...di mana beliau memberi komen-komen pedas untuk menarik perhatian blogger redmummy.

Sejarah abang ensem beliau dahulunya seorang pegawai bank di Public Bank.

Dan titik tolak kepada perubahan beliau adalah apabila seorang kawan lama yang juga seorang blogger menunjukkan perolehan daripada nufnang sebanyak 7 sen...ya! 7 sen sahaja dan ianya membuatkan beliau teruja untuk menjadi blogger..

Kemudian apabila gajinya sebagai blogger hartanah telah menyamai gaji sebagai pegawai bank..beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan menjadi consultant hartanah sepenuh masa melalui blog abangensem.com.

Saudara Aqif Azizan pula tidak banyak membicarakan tentang copywriting. Beliau banyak bercerita tentang laman web finance yang berjaya dijual dengan harga melebihi satu juta kepada syarikat oversea.

Beliau memberi tips jumlah pembaca adalah tidak penting untuk sesebuah blog atau laman web..yang penting adalah pangkalan data yang berjaya mengumpul seberapa banyak senarai nama pelawat.

Saudara Hasrul Hasan pula membicarakan tentang panduan blogger dan pengalaman beliau daripada bekerja di USM secara kontrak...sehingga beliau menjadi blogger sepenuh masa.

pls: artikel ini adalah hafalan penulis..semasa program sbb 2016. Sila buat bisnes card sebelum menghadiri sbb..nasihat untuk diri aku..ramai yang mintak bisnes card aku..yang aku buat..hanya gelang kepala.

Waktu-waktu begini aku rindukan kelibat team saifulsham..Legenda Usahawan Internet Malaysia Generasi Pertama.

Wassalam

2 comments:

  1. Saya tak byk point dpt disampaikan... walaupun dlm kepala ada dah. Tak biasa, kali pertama berdepan dgn khalayak yg ada lebih hebat dr saya.

    Gugup. Gementar.

    Nasib baik abangensem bbrp kali petik nama saya terutama bagaimana sy bantu dia dlm penjenamaan. Kali jadi kawan baik dah sejak sbb2014. Alhamdulillah.

    Dulu abngensem sebahagian dr tim denaihati...

    ReplyDelete
  2. Saya tak byk point dpt disampaikan... walaupun dlm kepala ada dah. Tak biasa, kali pertama berdepan dgn khalayak yg ada lebih hebat dr saya.

    Gugup. Gementar.

    Nasib baik abangensem bbrp kali petik nama saya terutama bagaimana sy bantu dia dlm penjenamaan. Kali jadi kawan baik dah sejak sbb2014. Alhamdulillah.

    Dulu abngensem sebahagian dr tim denaihati...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff