Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Pengucapan Awam

Rahsia Pengucapan Awam - Gaya Sheikh Ahmed Deedat.

31/05/2016

Kisah Di hujung Senja

Sedikit Renungan. Baca Sampai Habis.

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu    . Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengah hari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa berasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bongsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan susuk Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjing dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak tersenyum. Kedua-dua bibir Mak diketap rapat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke dalam rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kuih koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kuih koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kuih koci daripada Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kuih koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kuih koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kuih koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telefon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telefon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telefon anak-anak Mak  kerana tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Walau bagaimanapun tidak ada siapa  pun yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak Mak tidak sedar telefon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu, kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kuih koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa ke arah kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telefon untuk beritahu Mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab Mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kuih koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua.

24/05/2016

Jangan Viralkan Sesuatu Yang Tak Pasti

Salam..

Tazkirah ini adalah untuk menyedarkan kita supaya jgn viralkan sesuatu maklumat tanpa saksi dan bukti yg kukuh.

Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yg buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki & tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur).

Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yg kerjanya memandikan mayat, tiba2 tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu. Semua penduduk & Ulama' gempar akan hal itu.

Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.

Terdapat berbagai cadangan & pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada 2 pandangan yg dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan. Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yg kedua pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat & jenazah itu sekaligus.

Oleh kerana kedua2 cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik. Imam Malik bukan calang2 orang yg memberi fatwa.

Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yg berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu: "Apakah kamu lakukan/berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya?" Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat/tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.

Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong/ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata: "Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar & memukul berkali2 pada batang tubuh si mati." Imam Malik berkata: "Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi.

Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi." Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

PENGAJARAN:
Jaga lidah, jangan sebarkan fitnah. Jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah. Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi kalau kita tak pernah lihat, maka kita dilarang menuduhnya berzina.

Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan & ikhtibar. Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk dalam masyarakat, negeri atau negara, yg mana kita tidak menyaksi & tiada saksi, maka tunggulah suatu hari, kita akan menerima balasannya, walaupun peristiwa berlaku. Berhati-hatilah semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.

#kisahtauladan

Wassalam

23/05/2016

Dunia Teknologi Mengubah Zaman

Salam..

BETAPA ZAMAN TELAH BERUBAH:
Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan, Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati orang lain.

Tapi kini tanpa kita sedari, melalui FB dan laman-laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas dasar 'share'. Beli barang baru, upload gambar. Sebelum makan, upload gambar. Pergi bercuti , upload gambar. Dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank.

Anak dapat result exam bagus, upload result anak dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli. Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload, mungkin tak boleh nk makan mcm kita. Ada yang tengok gambar slip gaji kita, mungkin ada di kalangan mereka yang bergaji kecil shj. Ada yang tengok gambar result anak kita, mungkin ada di kalangan mereka dikurniakan anak yang biasa2 sj.

Ada yang tengok gambar percutian kita, mungkin ada di kalangan mereka yg tidak mmpu @ sempat pergi bercuti dan begitulah seterusnya.
MAKA :
"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"..
Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia. Yang lepas itu biarkan ia berlalu. Marilah sama-sama berusaha kearah kebaikan.

Wassalam

17/05/2016

5 Tips Tak Kan Dibuang Dalam Masyarakat Gaya Ustaz Abdullah Khairy

Salam,

Pepagi aku selalu dengar ceramah agama..macam dah jadi rutin harian aku la pulak.

Tips daripada Ustaz Ebit Lew kalo nak jadi baik ... dengar benda baik dan tengok benda baik ...insya-Allah jadi baik.

Tadi dalam youtube sambil buat kerja ..sempat aku layan ceramah Ustaz Abdullah Khairy antara penceramah kesukaan aku .. beliau gariskan beberapa tips untuk tidak dibuang dalam masyarakat iaitu kena tahu 5 perkara.

1. Jadi Imam solat jemaah.

2. Boleh baca doa selepas solat.

3. Boleh solat jenazah.

4. Boleh baca tahlil

5. Boleh baca doa tahlil.

Insya-Allah dengan adanya tip-tip ini anda akan mudah untuk bergaul dalam masyarakat .

Wassalam.
saja-saja buat cover ebook ni

11/05/2016

Kita Tak Nampak Allah

Salam

Dalam hidup..

Bila *ALLAH* sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita nampak ubat.. *Kita tak nampak *ALLAH*

Bila *ALLAH* berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak *ALLAH*

Bila *ALLAH* bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak *ALLAH*

Bila *ALLAH* bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak *ALLAH*

Bila *ALLAH* kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak *ALLAH*

Bila *ALLAH* keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak *ALLAH*

Bila *ALLAH* masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak *ALLAH*

Bila *ALLAH* bagi segala jenis nikmat yang tak pernah mintak dibayar dan tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak *ALLAH*

Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar.. Dek keangkuhan seorang hamba atau kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Utk melihat Maha Mencipta disebalik kejadian..

Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat *ALLAH* dalam setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dari *ALLAH* hidup untuk *ALLAH* dan balik kepada *ALLAH*. Semoga ruh para rasul, nabi, tabien, syuhada, para pejuang agama, ulama, saudara mara, sahabat handai kita yang telah pulang kepada *ALLAH* dicucuri rahmat.. Kita PASTI menyusul..

Salam Ukhwah kerana *ALLAH*

*Semoga ada kebaikan dan manafaat untuk semua, In Shaa ALLAH*

05/05/2016

Pengucapan Awam Tidak Pandai Tidak Mengapa Janji Berani Bercakap

Salam,

Satu hari dalam perjalanan ke batu kurau..

Humaira membuka bicara mengenai kelebihan orang yang pandai bercakap atau yang pandai dalam PR.

kata Humaira lagi ..kalo orang yang pandai PR ni ..xyah buat kerja pun xpe ..janji pandai bercakap.


Semalam aku terlibat dalam pembentangan dua buah sistem yang perlu diluluskan segera kerana geran telah pun diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi .


Aku perlu membentangkan kertas cadangan.. yang aku kira ..aku bukan arif sangat ..walaupun pada pagi tu ..aku dah praktis depan tasnim anak aku yang berumur 5 tahun.


Selesai pembentangan ..keluar je bilik mesyuarat aku rasa semacam je down giler.. dan keadaan semasa sesi pembentangan aku terasa kehangatan.. sama ada aku tak faham apa diaorang tanya atau pun diaorang yang x faham jawapan aku.

Agak aku ...paper aku ni akan kena dibentangkan semula.

Terfikir-fikir aku sambil merempit motor 125 z aku semula untuk balik ke KL ditengahari yang panas sampai kekulit kepala.. dah la dalam hujan..dekat jalan kuching.

Sejenak kemudian aku terfikir yang aku pernah baca mengenai Dale Carnegie yang x pandai mana pun dalam pengucapan awam .. namun di redah je ..

Untuk sedapkan hati aku ...aku dah buat apa yang perlu dan aku dah cakap apa yang perlu ..mungkin kekurangan datang daripada aku . aku perlu praktis lagi untuk perfect.




Wassalam.

04/05/2016

Berlapang Dada

Datuk Ustaz Badli Shah Alauddin  telah pun menyampaikan cerita ceritinya …

Seorg pemuda  sedang dirundung byk masalah☹, stress & tension. Masalah kewangan, hubungan manusia dan mcm2 lg.  Jln lemah, muka berkerut.. mmg byk masalah la. Lalu dia pegi jumpa seorg ahli Hikmah.  Dia pun citer kat pakcik nie segala masalah dia. Pakcik tu pon suruh dia amik segelas air dan segenggam kopi di dapur pakcik tu. Dia suruh pemuda tu minum segenggam kopi yg dibancuh☕ dgn segelas air tu. Pemuda tu pun minum la. Errrkkk pahit giler kopi☕ nih! Pemuda tu luahkan balik.

Kemudian pakcik tu suruh segenggam kopi ditabur dlm perigi sebelah rumahnya. Setelah dikacau rata pakcik tu suruh minum air perigi yg dicampur kopi td. Pemuda tu kata, “Ehh tak rasa pahit pun. Rasa mcm sedap jer lah pakcik..”

Pakcik tu tersenyum sambil menepuk bahu pemuda tu, “ Anak muda, betapa pahit pun kehidupan ini… ianya adalah sama spt segenggam kopi. Tak lebih & tak kurang. Tetapi kepahitan yg kita rasa itu bergantung kpd bekas yg kita miliki. Semuanya bergantung pd hati❤ kita. Lapangkan dada utk terima masalah. Luaskan hatimu utk menampung segala kepahitan kehidupan ini. Maka Insya Allah… segala masalah itu akan menjadi kecil kpdmu..”

Pengajaran kisah ini:
Sbg insan biasa… kita sering berhadapan masalah. Kita tak boleh kecilkan masalah. Tetapi, apa yg boleh kita buat ialah… kita boleh besarkan WADAH iaitu kita kena besarkan JIWA dan HATI kita. Jika kita kecilkan hati❣ ini, maka masalah itu berjaya menguasai kita. Andaikata kita BESARKAN hati & jiwa, maka masalah yg sebesar mana pun… ia tetap MUAT di dalam hati kita tersebut.
  
Bila berhadapan dgn masalah… jdlah kita spt “Ultraman”(aku panggil otroman je la ekk sbb semua kita ni penah minat otroman masa kecik2 dulu). Otroman ni, bila dia kecik … raksasa tu besor. Nak disumpah raksasa tu tak boley… sbb dia x de kuasa nak kecikkan raksasa tuh. Apa yg boleh dia boley buat adalah, dia gunakan kuasa membesarkan diri & jiwa dia. Bila dia jd besar, raksasa tu masih kekal saiz besar sbg masalah.  Raksasa itu akan menjd kecil di mata  Otroman(boleh dibelasah hiiiiiiyahhh! Dushh! dushh! dush!)

Oleh itu, ubahkan diri anda jd “Otroman”. Besarkan hati & jiwa… tp jgn besarkan masalah. Jangan perkecilkan masalah, tetapi besarkan hati kita. Ramai org2 yg berjaya, mereka membesarkan diri & jiwa mereka bukan utk sombong tp utk memandang masalah itu tidak mengganggu kehidupan mereka. Ayuh kita jdkan diri kita  org yg sabar & jgn suka marah2.

Org marah suka meradang,
Mencerca mencaci pagi & petang,
Perasaan❤ org tidak dia timbang,
Aib malu diri tak dikenang,
Memerintah tak turut undang2,
Hati busuk hati melintang,
Dijadikan pemimpin bencana datang,
Dijadikan tua byk menyilang,
Dijadikan tiang pastilah tumbang,
Dijadikan tudung akan melayang,
Memimpin negeri binasalah orang.

Ayuh kita ambil pengajaran drp kisah kopi☕ & telaga. Mudah2 hidup kita akan lebih tenang selepas ini…

Sengkian…

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff