25/06/2016

Buku Laporan Darjah Satu

Salam.

Jumaat penghulu segala hari...

Usai solat jumaat di masjid jamiul huda ampang..aku bergegas ke sekolah miqdad. Sampai disekolah..aku lihat dari jauh miqdad dah termenung jauh dekat tingkap..menunggu aku datang...aku buat simbol " peace ".

"Kenapa ayah datang lambat, semua ayah orang dah sampai", kata miqdad ketika dia datang peluk kaki aku.

" Ayahkan Hero! ,  hero memang selalu datang lambat, ujar aku.

Hehehe....

Terharu aku..first time aku tunaikan tanggungjawab ambik buku laporan di sekolah rendah..baru aku rasa perasaan ayah aku dulu masa dia datang ambik buku laporan aku waktu aku sekolah rendah dulu.

Indahnya perasaan ni...dan ianya berputar lagi..dan kini aku pula menjadi seorang ayah.

Hari itu adalah..untuk perjumpaan dengan cikgu kelas bagi penyemakan buku laporan.

Maklumat yang diberikan oleh cikgu kelas dia aku rasa agak positif walaupun mendapat kedudukan kelapan daripada 40 orang dan kedudukan ke 63 daripada keseluruhan pelajar darjah satu yang berjumlah 217.

Tambah cikgu kelas dia lagi...miqdad ada potensi untuk naik ke kelas yang lebih baik..sekarang ni dia di kelas yang ketiga terbaik...

Cikgu dia pun terkejut..sedangkan miqdad aktif sangat...bukan aktif bersukan...tapi aktif bermain dalam kelas..namun masih lagi dapat semua A kecuali bahasa arab (b) dan pendidikan seni (c) subjek teras semua A.

Jika boleh maintain momentum sekarang insya Allah tahun depan boleh anjak kelas.

Wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff