16/06/2016

Mendahulukan Solat Jika Ingin Berjaya Dan Kaya

Salam

Barangsiapa membiasakan dirinya dalam melewatkan/menangguhkan solat, maka dia akan tertangguh dalam semua urusan hidupnya.

Perkahwinan, kerjaya, zuriat, kesihatan, kesempurnaan dan taufiq semuanya daripada Allah.

Hasan al-Basri berkata:

Jika kamu merendahkan nilai solat, apakah lagi yang memberikan kemuliaan kepada kamu?

Sebagaimana nilai solat kamu begitulah nilai hidupmu. Tidakkah kamu tahu bahawa solat digandingkan dengan al-Falah (kejayaan)?

Mana mungkin Allah memberikan kamu taufiq sedangkan kamu tidak menyahut panggilan-Nya.

"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang mendirikan solat tepat pada waktunya."

Wassalam

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff