17/06/2016

Pembentangan Yang Gagal Dan Bos Yang Marah

Salam.

Pergh!

Pagi tadi aku menghadiri satu pembentangan untuk dua buah projek untuk kelulusan.

Projek ni aku dah baca banyak kali..tiap2 hari aku duk teringat pada projek ni..dalam erti kata lain..menghitung hari untuk pembentangan.

Sewaktu pembentangan banyak soalan yang ditanya yang aku x jangka.

Ye la..aku mana tau semua benda...so aku banyak diam daripada menjawab..yang banyak menjawab..bos aku..nasib baik dia ikut sama..tapi natijahnya..

Usai pembentangan..jalan nak ke kereta aku kena basuh "kaw" "kaw"..

My bos kata ..." You can do better than that " u are senior..sepatutnya u yang kena bagi jawapan..ini last warning..kalo u buat lagi..i akan mempertimbangkan u bekerja di syarikat ni..u are head unit" begitu la..lebih kurang ayat dia kat aku..

Pergh! Menyirap aku..dia sound masa tu..di lobi tempat kaunter pertanyaan..mungkin ada beberapa individu yang sedang mendengar.

"Apa excuse u.." Tambah dia lagi..

Aku bagila beberapa reason..daripada aku diam saja.

Selepas bos aku berlalu ...termenung sekejap aku..x pernah ada yang cakap macam tu kat aku sebelum ni ..., bisik aku di dalam hati.

Tiba-tiba aku terambik kapal kertas yang miqdad letakkan dalam poket aku pagi tadi...

Sejuk sikit hati aku...dan ...aku terfikir lagi..kalo aku kena buang kerja ..bagaimana dengan anak-anak aku nanti...sedih siut.

Tapikan..mungkin ada hikmah disebalik semua...yang aku x tau..mana kita tau kan.

Namun aku kena berbalik kepada Allah..dengan mengingati Allah hati akan tenang. Pasal bos aku tu..aku anggap je la dia x waras..bukan projek tak diluluskan.. Lulus apa..cuma kelulusan bersyarat...hehehe

Mungkin dia nak melepaskan kemarahan..sebab banyak sangat soalan yang nak kena jawab.

Dan aku pulak kena la perbaiki diri atau...bersedia bekerja ditempat lain..gulp!!!

Wassalam

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff