19/06/2016

Surah Al-Ikhlas

Salam...

Sekolah rendah...aku kira antara kenangan manis...yang dilalui semua orang..

Sekolah rendah aku dilantik sebagai ketua murid...ada masanya aku menyalahgunakan kuasa dengan mengambil buku pengawas bernama jefri yang mencatat kesalahan aku sebab lewat datang sekolah.

Aku mintak excuse dia x nak padam nama aku..so aku ambik keputusan kumpul semua buku catatan pengawas..dan padam sendiri nama aku..hehehe..itu la kelebihan jadi ketua murid.

Waktu puasa zaman sekolah rendah amat seronok..kat kampung aku..aku berguru mengaji dengan cikgu Mad.

Sekarang sudah arwah..cikgu mad berasal dari Johor..di akhir hidup beliau banyak dugaan yang dihadapi termasukla isu imam masjid.

Aku mengaji dengan cikgu Mad sejak darjah 1 seingat aku..aku masih ingat lagi..mak aku buat pulut kuning dan telur goreng yang diputar-putar atas pulut kuning..semasa hari pertama aku datang berguru di rumah cikgu Mad.

Pada hari puasa cikgu Mad pernah berkata dan nasihatnya aku masih ingat lagi sampai sekarang..

" kalo berasa lapar, bacalah quhuallah 3 kali, nanti hilang lapar " kata cikgu Mad pada suatu petang semasa aku mengaji kat umah beliau.

Baru sekarang aku faham dan terlintas difikiran aku...apabila miqdad berkata dekat aku...yang dia berasa lapar disebabkan berpuasa..

Dan aku memberikan nasihat yang sama.

" Miqdad bacalah surah Al-Ikhlas 3 kali, nanti hilang rasa lapar " kata aku pada tengahari tu.

Rupa-rupanya ganjaran yang diperoleh daripada membacanya akan mendapat pahala seperti membaca keseluruhan Al-Quran.

Aku berjaya menghabiskan Juz Amma dengan Cikgu Mad..Quran besar aku habiskan dengan sorang lagi guru mengaji ..iaitu kakak nenek aku..aku panggil Wak Minah..kini sudah arwah.

Guru-guru mengaji aku semua sudah menghadap ilahi...sesungguhnya mati itu pasti..bila giliran aku...aku tak tau..tapi ia pasti akan datang .

Wassalam

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff