03/07/2016

Gaji Minima Swasta 2016

Salam.

Pada 1 julai kerajaan telah tetapkan rank gaji untuk penjawat awam dan swasta.

Bagi penjawat awam ianya RM 1,200.00 manakala swasta adalah RM 1,000.00.

Bagi sektor kerajaan ianya bukan menjadi isu masalahnya adalah sektor swasta..ramai majikan akan mengeluh mengenai polisi yang ditetapkan oleh kerajaan ini.

Namun terdapat segelintir majikan swasta yang menggunakan beberapa kaedah untuk menanggani isu ini..antaranya.

1. Menyerapkan elaun bulanan kedalam gaji pokok.jika gaji anda adalah RM 800.00 contohnya sebelum ini dan elaun RM 200.00. Jumlah RM 200.00 berkenaan akan dimasukkan kedalam gaji pokok dan ianya akan tertera dalam slip gaji.

2. Tidak mengambil pekerja secara tetap. Maknanya tidak ada surat lantikan rasmi. Jadi majikan tidak perlu membayar jumlah minima RM 1000.00. Bayaran dikira sebagai upah.. Malah wang caruman pekerja juga tidak perlu dibayar..itu yang berlaku pada aku semasa bekerja sebagai programmer disebuah syarikat IT di Kepong. Aku dibayar RM 1000.00 menggunakan cek dan tiada caruman kwsp. Aku bekerja selama 3 bulan saja kemudian aku bekerja ditempat lain.

Salah satu sebab aku pindah kerja sebab pening kepala buat programming...hehehe.. masa tu tahun 2006.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff