17/08/2016

Solat Dhuha Amalan Wajib Untuk Kaya

Salam..

Kata ulamak...rezeki itu milik Allah..jadi mintaklah rezeki dengan Allah.

Mungkin kita miskin  dengan harta benda ..tapi Allah berikan rezeki kesihatan dan anak2 yang soleh...rezeki umur yang panjang untuk kita menambah pahala pelaburan.

Dalam mana-mana buku motivasi waima dalam seminar Dr Azizan Osman..anda akan digalakkan bersolat dhuha untuk kaya...kerana ianya sebagai kunci untuk membuka pintu kekayaan.

Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita mengerjakan.

[sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat fardu dzuhur]

YANG PERTAMA
D o s a  t e r a m p u n

Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt.

“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”

(HR Tarmidzi)

YANG KEDUA
O r a n g  b e r t a u b a t

Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt.

“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”

(HR Hakim)

YANG KETIGA
T e r c a t a t  s e b a g a i
o r a n g  t a a t

Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt.

“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.

Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.

Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.

Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.

Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya."

(HR At-Thabrani)

YANG KEEMPAT

M a s u k  s y u r g a  d a r i
p i n t u  y a n g  k h a s

Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha, kelak ia akan masuk syurga lewat pintu khusus, iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah swt.

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,

"Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”

(HR At-Thabrani)

YANG KELIMA

R e z e k i  b e r e s

Allah swt mencukupkan rezekinya.

“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.”

(HR Abu Darda)

YANG KEENAM

S u d a h  b e r s e d e k a h

Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah.

“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi.

Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah,
setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah.

Sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat solat Dhuha."

(HR Muslim)

Pesanan ini untuk diri sendiri terutamanya & keluarga serta teman2 sekelian.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff