30/09/2016

My Hero Birthday Ke7

Salam,

Dunia oh dunia ... hehehehe..

Kerja-kerja dan kerja itu je yang aku tahu... tiada yang berubah ... diakhirnya aku sudah berada dipertengahan usia ... bukan dipertengahan lagi ... rasanya dah condong  ke  arah usia tua.

Ramai yang memperkatakan hidup bermula pada umur 40 bagi lelaki ... tapi aku merasakan langkah kaki aku makin lambat tidak seligat dulu ..

Makanan yang diambil pun makin sedikit...buah durian yang dulunya boleh aku telan dua tiga biji .. sekarang hanya dua tiga ulas aku dah kesesakkan.

Bagaimana dengan amal ibadah ? adakah makin bertambah... sepatutnya ianya makin bertambah dan lebih kusyuk ...namun semakin banyak ilmu pengetahuan yang dikejar semakin sibuk hendak menghadam.

Semakin banyak berangan dan berfikir daripada bertindak dan membuat keputusan.

Itu la dunia ... semakin dikejar semakin jauh.

Semalam aku menyambut harijadi Miqdad yang ke7.. seronok bila tengok dia hepi dengan hadiah scooter yang aku bagi.


Wassalam.





0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff