27/10/2016

Kerja Sebagai Programmer

Salam.

Banyak dikalangan member2 aku yang background software engineering bersara awal.

Tapi ada juga yang masih di dalam industri teknologi maklumat.

Sebab musabab mereka bersara awal...adalah merasakan diri mereka dah x segagah dulu untuk membuat koding dan mengompile output..mata pun dah blur...ada yang keluarnya pagi malam baru pulang...duduk di ofis tidak melihat mentari..keluar rumah nampak bulan.. balik rumah pun nampak bulan.

Kadang-kadang masa nak tido pun...bahasa koding masih berlegar-legar di dalam kepala..ibarat bacaan saham di BSKL sehinggalah mata terlelap.

Mungkin ada yang salah faham..dengan mengatakan programmer ni hanya membuat sistem.

Sedangkan mereka perlu ingat seorang programmer perlu mengetahui aliran kerja seseorang, unit atau jabatan sebelum boleh diimplementasikan kedalam sistem.

Maknanya dia kena tahu..pekerjaan seseorang..contohnya untuk membangunkan sistem pendermaan darah..programmer kena tahu work flow kerja seorang pakar darah atau cara pengujian darah dilakukan.

Dengan kata lain programmer kena tahu perkataan-perkataan yang digunakan dalam bidang transfusi darah.

Ada agensi yang tidak faham pekerjaan seorang programmer dengan menjumudkan jawatan berkenaan setara dengan pegawai pentadbiran..i m so pity.

Wassalam

1 comments:

  1. Senja pun ada dia punya tengah.

    from:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff