Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Pengucapan Awam

Rahsia Pengucapan Awam - Gaya Sheikh Ahmed Deedat.

30/03/2017

Perjalanan Terjauh Dan Terberat

Salam.
*Tahukah Kamu Duhai Kaum Lelaki...*

*Perjalanan Terjauh Dan Terberat Bagi Seorang Lelaki Adalah Perjalanan Ke Masjid.*

*Sebab Ramai Orang Kaya Tidak Sanggup Mengerjakannya.*

*Jangankan Sehari Lima Waktu. Bahkan Ramai Pula Yang Seminggu Sekalipun Terlupa.Tidak Kurang Pula Yang Seumur Hidup Tidak Pernah Singgah Ke Sana.*

*Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid.*

*Kerana Orang Cerdik Dan Pandai Pun, Sering Tidak Mampu Menemukannya.*

*Walaupun Mereka Mampu Mencari Ilmu Hingga Ke Universiti Di Eropah. Ataupun  Amerika.*
*Mudah Melangkahkan Kaki Ke Jepun, Australia Dan Korea.Dengan Semangat Yang Membara.*

*Namun Ke Masjid Tetap Saja Perjalanan Yang Tidak Mampu Mereka Tempuh...Walau Telah Bergelar PHD.._*

*Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid.*

*Kerana Para Pemuda Kuat Dan Bertubuh Sihat Yang Mampu Menakluki Puncak Gunung Berapi.. Pun Sering Mengeluh Ketika Di Ajak Ke Masjid.. Alasan Mereka Pun Bermacam².. Ada Yang Berkata Sebentar Lagi.. Ada Yang Beralasan Tidak Selesa DiCop Alim..*

*Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah*
*Perjalanan Ke Masjid..*
*Hatta*
*Ahli Sukan Yang Kuat*
*Terkenal Dengan Ketangkasan*
*Terkenal Dengan Kehebatan*

*belum pasti*
*Gagah Mendaki*
*Tangga Masjid*

*Maka Berbahagialah Diri Mu Wahai Lelaki.. Bila Engkau Telah Terbiasa Melangkahkan Kaki Ke Masjid..*

*Kerana Sejauh Manapun Engkau Melangkahkan Kaki.. Tidak Ada Perjalanan Yang Paling mulia serta* *Membanggakan.. Selain Perjalanan Mu Ke Masjid..*

*Biar Aku Beritahu Rahsia Kepada Mu.. Hakikatnya Perjalanan Mu Ke Masjid Adalah Perjalanan Untuk Bertemu Rabb Mu..*

*Itulah Perjalanan Yang DiAjarkan Oleh Nabi Mu.. Serta Perjalanan Yang Akan Membezakan Mu Dengan Orang² Yang Lupa Akan Rabbnya..*

*Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..*

*Maka Lakukanlah Walau...Engkau Terpaksa Merangkak Dalam Gelap Subuh*
*Demi Mengenal Rabb Mu..Nescaya* *kamulah*
*Insan2 yang BERUNTUNG*...
*AKHIRAT kelak...*

*Pesanan utk diri Sendiri, Ayah2, Suami2, Anak2 Lelaki, Adik & Abang Lelaki dan mereka2 bergelar Lelaki dan selagi ada kemampuan kudrat*

Wassalam.

28/03/2017

30 Tips Memperbaiki Hidup

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

Menarik utk dikongsikn bersama...

26/03/2017

Wayang : Baby Boss

Salam.

Semalam aku sempat layang wayang dengan anak2.

Hajat hati nak layan citer Kong : Skull Island..namun tayangan untuk 9.45 malam dah penuh.

Next yang ada pukul 12 malam..pergh!! Lewat sangat...memandangkan baby naurah pun ada join jugak..so aku ambik la citer baby boss.. Sebelum tu ada juga terdetik nak layan citer Power Ranger.

Kalo Power Ranger...anak2 dengan aku boleh la layan..Humaira? Tido je la kot.

So hasil perbincangan dengan humaira..layan la baby boss pukul 11.00 malam..abis dalam 12.40 malam..

Citer memang kelakar..anak2 gelak ketawa..semua xtido layan movie sampai abis..insyirah pun layan jugak..walaupun xfaham bahasa inggeris..tapi disebabkan kartun baby tu kelakar..diaorang boleh tahan mata..sampai abis.

Citer ni..tak rugi kalo bawak anak2 tengok..balik umah pun masih bercerita.

Sangat berbaloi.

Wassalam.

Nota* tak sabar nak tengok movie tamil Bahubali : The Conclusion bulan depan..

19/03/2017

Belajar Tentang Ikhlas

IKHLAS

"Mari ku ajarkan kamu ilmu ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,"
kata guru itu memberi arahan.

Tanpa banyak soal,anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui
di sepanjang jalan.

"Cukup?" tanya anak muridnya.

"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar,
melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar.

"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?"

"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"

"Ya,ya..."kata si murid, agak kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni
yang kelihatan berat itu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli,"
kata seseorang yang lain.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar kot,"kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang berisi
batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu Tuan Guru?"

"Tak buat apa-apa"

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,"Balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."

"Ikhlas?"si murid kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,"

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya
seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli.
Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi
hanya batu-batu."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak
ada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu dapat, Hanya penat."

"Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!"
Ujar si murid.

PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian.
Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa
hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.

Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia, terseksa di Akhirat

Jika anda IKHLAS membaca kisah ini , share lah kpd sahabat2 dgn IKHLAS . In shaa Allah dapat pahala dari ALLAH SWT .

Wassalam

13/03/2017

Cintai Allah Lebih Dari Segalanya

Surah At-Taubah, Verse 24: قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (Melayu) via iQuran

12/03/2017

Selamat Hari Wanita 2017

Salam.

A Non Muslim came to an Aalim and asked: Why is it Not Permissible in Islam for a Woman to shake hands with a Man.

The Aalim said: Can you shake hands with the Queen

The Non Muslim said: Of course not, there are only certain people who can shake hands with the Queen.

The Aalim then replied: Our Women are Queens and Queens do not shake hands with strange men.

Then the Non Muslim asked another Question: Why do your women cover up their bodies.

The Aalim smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He threw them both on the dusty floor and asked the Non Muslim: If I asked you to take one of the sweets from the floor,which one will you take.

The Non Muslim replied: The covered one of course.

The Aalim said: That's how we treat and see our women.

The Non Muslim then asked: Show me God if he exists.

The Aalim Replied: Look straight into the Sun.

Non muslim Replied: I Can't see, the Rays are hurting my eyes.

The Aalim Said: If you can't look at the Creation of God then how will you be able to Look at the Creator.

Lastly the Non Muslim invited the Aalim to his house and gave him some Grapes, the Aalim eat them, then the Non Muslim offered him a cup of wine, the Aalim refused, the Non Muslim asked him how come you Muslims are forbidden drink wine and yet you eat grapes, although the wine comes from grapes.

The Aalim Replied: Do you have a daughter
He said yes,

The Aalim asked him could you marry her

The Non Muslim said no, the Aalim said SubhanAllah, you marry her mother and can't marry her although she came from her too.

A must read please ....
Awsome message!...
feel proud to be a muslim,
treasure it and preserve the great gift of Imaan which Allah s.w.t has blessed you with.

Wassalam

05/03/2017

100 Sunnah Nabi Yang Boleh Diamalkan

Seratus Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan

1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit
Antara 100 di atas.. cuba kira berapa yg kita amalkan secara istiqamah.. than boleh bg % KPI kita tahun ini..

02/03/2017

Tips Ampuh Tanggani Stres

Salam.

02.03.2017 (3 Jamadilakhir 1438H)
*Motivasi Pagi Ini:*

Pada slot Motivasi Pagi di radio IKIM.fm  jam 7.30 pagi hari Khamis ini, *Ustaz Muhadir bin Haji Joll* telah pun menyampaikan…

Seorg penceramah bertye soklan simple pd audience, “Bagaimana menangani *Stress?*” Stress di tpt keje, dlm kete, di rumah dgn kerenah anak2‍‍‍ dsb. Sambil memegang segelas air, penceramah tu bertye lg, “Agak2 berapa berat air ni?” Ada  yg jwb 100g, 200g & 500g.

“Sebenarnya bukan masalah berat air ini … tp berapa lama⏳ kamu memegangnya. Kalau sy pegang selama 1 minit .. mmg no problem. Tp, kalau sy pegang selama 1 jam⏰ … lengan sy akan sakit. Kalau 1 hari penuh .. sy akan masuk hospital..”

“Beratnya sama saja, tp jika kita bawa terus menerus … kita takkan mampu membawanya lg. *Solutionnya* : Letakkan gelas di tptnya, istirehat sekejap & sambung lg. Maksudnya, jika ada bebanan di tpt keje … jgn bawanya ke rumah. Seolah2 kita bawa tambahkan lg bebanan keja itu dgn beban di rumah.  Maka keadaan akan menjd lebih buruk. Apa yg patut dilakukan ialah stress  di tpt keje itu ditinggalkan sejenak utk kita tangani stress di rumah pula…

Yang penting adalah bagaimana *HATI❤* kita merasai kehidupan ini. Kalau *Hati* kita sudah *Tidak Positif➖* … maka *anggota lain* turut tidak Positif➖. Jgn dirisaukan apa yg org lain miliki. Nanti kita akan berasa *Kekurangan* dan  ia akan jd stress lg dlm diri kita.

Tidak ada kehidupan seseorg yg terlepas drp cubaan, obstacles & problems. Dunia ini adalah tpt utk menguji seseorg. Sbb itu Allah berfirman,

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ
_“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.”_  *(Surah Al Mulk : ayat 2)*

Kita tidak boleh lari drp ujian2 kehidupan ini. Cuma bagaimana cara kita mengendalikannya. Mudah2an Allah akan berikan *jalan utk meringankan bebanan kehidupan* ini. Semuanya kita kembalikan semula kpd Allah swt …

Sengkian…

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff