08/05/2017

PBKL 2017 : Kenapa Aku Tak Pergi?

Salam.

Pesta buku Kuala Lumpur telah abis berlangsung.

Tahun ni aku keberatan untuk ke sana.
Tetiba tidak bersemangat untuk menghadiri pesta yang memang aku tunggu-tunggu setiap tahun.

Kenapa?Adakah sebab minat aku dalam pembacaan makin pudar.

Tidak mungkin pudar..aku pernah dilempang guru disiplin sebab curi buku masa di sekolah rendah..dan niat baik untuk pulangkan semula tidak kesampaian..terkantoi dalam cubaan untuk memulangkan semula buku berkenaan.

Aku tidak hadir PBKL 2017 ..disebabkan aku sedar ..aku sudah tidak mampu memghabiskan satu-satu buku dalam masa yang singkat. Banyak buku yang sudah aku beli..hanya sempat aku baca di pertengahan jalan..dengan kata lain buku yang aku ada masih belum sempat dibaca.

Keduanya...setakat ini tiada buku2 yang membuatkan aku teruja untuk memilikinya..kebanyakan penulis kegemaran aku sudah hilang bisa dalam penulisan...hanya kitar semula idea lama.

Mungkin aku akan datang untuk PBKL tahun depan..

Bagaimana dengan SBB 2017..yang akan diadakan di Matic pada 13.5.17 ..adakah aku akan datang?.. Program Sepetang Bersama Blogger antara acara yang aku tunggu2 untuk hadir...yang ni pun aku tengah fikir.

Wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff