06/07/2017

Rahsia Sebutharga #8: Date Trigger

Salam.

Kisahnya seorang vendor datang ke sebuah jabatan kerajaan. Seorang vendor perempuan umur dalam linkungan awal 40 an.

Vendor : Salam, saya datang nak register company untuk jabatan encik.

Client : Oooo.. Kalo untuk register company puan boleh ke bahagian kewangan atau bahagian stor. Syarikat puan dalam bisnes apa ye?

Vendor: Syarikat kami menawarkan perkhidmatan sewaan mesin fotokopi.

Client : Untuk sewaan fotokopi puan kena berjumpa dengan unit IT. Tapi kontrak sewaan yang sekarang baharu sahaja diperbaharui..dan akan tamat pada Disember 2020.

Vendor : Berapa unit mesin fotokopi yang disewa?..mungkin untuk sewaan yang akan datang syarikat saya boleh ambil bahagian.

Client: Dalam 7 unit..dan saya rasa elok puan call dalam tempoh 3 bulan sebelum kontrak tamat. Sebab pada masa tu..jabatan mungkin sedang sediakan sebutharga yang baru..dan mereka akan hubungi puan untuk masuk dalam sebutharga yang akan dibuka.

Vendor : Maknanya dalam bulan september atau Oktober 2020 la ye.

Client : Macam tu la nampaknya..sebab buat masa sekarang memang tiada sebutharga yang akan dibuka. Kalo puan register sekarang pun tiada gunanya..baik telefon masa sebutharga nak dibuka. Lagi satu mungkin person incharge pun dah bertukar..nanti entah mana-mana dicampakkan profile syarikat puan.

Vendor : Boleh saya tau tarikh tepat kontrak akan tamat..nanti boleh saya follow up.

Client : erk!!!..hehehehe

Wassalam.

* Petikan daripada buku Rahsia Sebutharga.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff