20/08/2017

Rahsia Sebutharga #22 : Kepepet

Salam.

Bulan June 2017 dua minggu sebelum hari Raya Aidilfitri.

Sebelum itu dunia dikejutkan dengan serangan virus Ransomware. Banyak negara yang terjejas terutama negara-negara yang masih menggunakan windows XP seperti negara India dan Rusia.

Tahukah anda negara kita juga tidak terkecuali dengan serangan virus ini

Serangan yang berlaku akan menyebabkan komputer menjadi skrin biru atau ianya akan restart secara tiba-tiba. Lebih malang lagi ada komputer yang korup hardisk.

Langkah yang paling mudah yang diambil jabatan adalah dengan format pc. Tetapi adakah ianya penyelesaian kepada isu berkenaan?.

Kaedahnya adalah dengan memasang patches security untuk ransomware .

Itu saja caranya

Ekoran daripada peristiwa ini sebuah agensi terdesak untuk memasang antivirus yang baru.

Dalam keadaan sebegini faktor bajet tidak akan diambil kira yang penting antivirus perlu dipasang.

Pegawai yang terlibat akan sibuk untuk mendapatkan beberapa sebutharga bagi dibuat perbandingan harga

Dan pastinya harga yang paling murah dengan produk dan servis yang sama akan menang.

Dan akhirnya mereka memasang antivirus Bitdefender Gravityzone Advanced sebanyak 155 lesen..dengan kos hampir RM 10 ribu untuk tempoh 3 tahun.

Itulah dia, the power of kepepet... Anda kena mengetahui saat-saat terdesak sesebuah agensi untuk anda mendapatkan sebutharga.

Wassalam.

*Petikan daripada buku Rahsia Sebutharga.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff