13/10/2017

Pemasar Informasi : Bagaimana memilih Niche

Salam.

"Tulis apa yang dekat dengan diri anda" - Anonymus

Bila umur anda sudah memijak 40 an sudah tiada lagi trial and error. Sepatutnya anda sudah tahu kekuatan dan kelemahan diri anda.

Boleh guna teknik SWOT analisis...hehehe.

Jika anda masih muda remaja anda cuma perlu cari apa yang anda suka dan tahniah untuk anda kerana anda masih bebas untuk berubah bidang kerjaya dan masih boleh bangun daripada kegagalan.

Panjang mukadimah...

Untuk mencari niche yang sesuai di mana minda separa sedar anda suka lakukan adalah dengan bertanya kepada minda para sedar anda.

Contohnya..sekiranya anda melangkah kaki ke Kinokuniya KLCC .. Secara automatik kaki anda akan berhenti di satu sudut rak. Maka di situ la letaknya pasion anda setelah ditunjukkan oleh minda separa sedar.

Walau bagaimana pun ini tidak bermakna perkara yang anda minat akan menghujankan anda dengan duit.

Niche-niche yang hot untuk pasaran Malaysia mengikut kategori adalah:-

A) Kewangan
B) Kerjaya
C) Motivasi
D) Perniagaan
E) Pendidikan

Dalam banyak niche, niche yang paling menguntungkan mengikut Ewen Chia seorang pakar internet dan penulis buku  adalah niche "Buat Duit".

Bagaimana pula dengan market Malaysia.

Tahukah anda rekod ebook terjual paling tinggi yang pernah dicipta di Malaysia?

Jawapannya adalah ebook Panduan kerjaya iaitu ebook Tips PTD dengan jumlah RM 3000,000.00 walaupun tidak mencapai angka RM 0.5 juta namun sebagai ebook berbahasa melayu dan marketnya adalah terhad serta lebih kepada lepasan graduan yang baru grad ianya cukup membanggakan.

Kini anda boleh fikirkan apa yang anda mahir dan suka untuk anda tulis .

Wassalam

Petikan ebook pemasarinformasi.blogspot.com

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff