22/10/2017

Rahsia Sebutharga : 3 Dalil Kenapa Sebutharga Anda Ditolak.

Salam.

Amat malang setelah bertungkus-lumus menyediakan dokumen sebutharga selama dua minggu..tanpa anda sedari dokumen sebutharga yang anda hantar tidak layak untuk penilaian teknikal dan kewangan.

Berikut adalah 3 dalil utama mengapa dokumen sebutharga anda gagal.

1. Anda masukan kedalam peti sebutharga selepas tamat tempoh.

Kebanyakan situasi ini bukan kerana anda sengaja melewatkan penyiapan atau penghantaran dokumen sebutharga anda. Di pejabat anda sudah tentunya anda telah susun secara sistematik setiap dokumen yang diperlukan untuk sesebuah sebutharga..contohnya penyata kewangan dan profil syarikat.

Banyak kes yang berlaku adalah kerana syarikat lambat mendapatkan harga daripada pembekal. Punca daripada kelewatan pembekal memberikan harga membuatkan anda gagal menghantar dokumen sebutharga.

Maka anda perlu pastikan dalam tempoh dua minggu yang diberikan anda telah mendapat harga open market dan underground market.

2. Sebutharga anda tidak sempurna.

Setiap sebutharga yang dikeluarkan atau diiklankan akan mempunyai senarai semak yang mengandungi senarai dokumen yang anda perlu sertakan.

Maka anda perlu pastikan semua dokumen yang diminta dimasukan kedalam sebutharga. Bukan sahaja dimasukan malah susunan juga hendaklah betul supaya tiada dokumen penting yang tercicir.

Jika anda gagal mengemukakan dokumen-dokumen yang diminta anda akan dikategorikan sebagai gagal dalam ksempurnaan sebutharga dan tidak layak untuk dinilai.

Oleh itu pastikan double sebutharga anda melalui checklist yang diberikan.

3. Anda tidak menepati spesifikasi sebutharga.

Seeloknya anda tick comply pada semua spesifikasi yang diberikan.

Jangan memadai untick ...kalo anda mahu gagal cubalah untick.

Apa yang pelanggan mahukan dalam spesifikasi sebutharga hendaklah dipatuhi.

Kebiasaannya spesifikasi sebutharga adalah bersifat umum dan tidak menjurus kepada sesuatu jenama.

Anda bebas untuk meletakkan apa-apa jenama.

Namun anda perlu pastikan ianya setara atau lebih tinggi dengan spesifikasi yang diberikan oleh pengeluar sebutharga.

Wassalam

Petikan buku rahsiasebutharga.blogspot.com

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff