03/10/2017

Rahsia Sebutharga : Bagaimana Memecahkan Monopoli Pesaing

Salam.

Zon selesa....pernahkan anda berhadapan dengan keadaan di mana jabatan atau agensi asyik memenangkan syarikat yang sama untuk sesuatu projek.

Menyebabkan syarikat pesaing berada dalam keadaan zon selesa..tidak perlu gentar untuk bersaing dengan syarikat anda aka mereka ada kabel atau orang dalam yang kuat.

Jangan anda khuatir ...zaman menggunakan kabel sudah berlalu...persaingan adalah berbentuk terbuka..sesiapapun boleh menangi sebutharga sekiranya mennggunakan teknik dan formula yang betul.

Seperti yang dibincangkan sebelum ini..terdapat 2 penilaian sebutharga yang akan anda lalui.

Yang paling kritikal adalah peperangan harga..penilaian teknikal hanyalah untuk memastikan anda memenuhi semua spesifikasi yang diminta.

Contohnya untuk satu projek pembekalan peralatan pejabat oleh jabatan X. Syarikat yang memasukki sebutharga adalah syarikat A ,B dan C.

Harga anggaran jabatan adalah sebanyak RM 16,000.00 mengikut harga di pasaran terbuka.

Syarikat A meletakkan harga sebanyak RM 18,000.00.

Syarikat B meletakkan harga sebanyak RM 19,000.00 dan Syarikat C meletakkan harga sebanyak 17,000.00

Soalan saya untuk syarikat anda iaitu Syarikat baharu yang tidak pernah berurusan dengan jabatan X, berapakah jumlah harga yang perlu anda tawarkan.

Masalahnya disini adalah anda tidak mengetahui harga yang ditawarkan oleh pesaing dan juga harga anggaran jabatan X.

Satu-satunya petunjuk adalah anda menggunakan harga daripada pasaran terbuka sebagai harga anggaran jabatan X iaitu RM 16,000.00.

Adakah anda perlu mark up harga sebanyak 15%, 20 % atau 25 %.

Jawapannya adalah untuk memecahkan monopoli pesaing yang sudah lama berkampung di sesebuah jabatan adalah anda hanya perlu menggunakan harga yang sama anda terima daripada pasaran terbuka iaitu RM 16,000.00.

Biar betul boss! Macam mana nak untung? Dapat letih adalah..

Ye anda tidak akan dapat untung apa-apa untuk urusan bisnes yang pertama. Anda berbisnes untuk long term bukannya short term. Pada yang sama setelah anda memenangi sebutharga berkenaan, apa yang anda perlu lakukan adalah:-

A. Wujudkan network dengan jabatan berkenaan. Berkenalan dengan pegawai bertanggungjawab mengeluarkan sebutharga. Berkemungkinan besar akan ada lagi sebutharga yang akan menyusul. Ketika itu anda boleh mark up 15 hingga 20 peratus daripada harga pasaran terbuka.

B. Cipta kepercayaan..semestinya anda akan dipercayai kerana anda memasuki sebutharga tanpa mengira keuntungan. Laksanakan sebutharga yang dimenangi sebaik mungkin. Bila dipercayai anda akan mudah untuk mendapat sebutharga yang seterusnya.

Wassalam.

Petikan buku rahsia sebutharga. rahsiasebutharga.blogspot.com

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff