03/10/2017

Rahsia Sebutharga : Bagaimana Menilai Keupayaan Kewangan Syarikat

Salam.

Kadang-kadang kita hairan kenapa syarikat diminta memberikan penyata kewangan 3 bulan terkini dan perlu disahkan oleh pegawai bank di mana penyata kewangan berkenaan dikeluarkan. Untuk apa sebenarnya?

Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menganalisa keupayaan kewangan syarikat sama ada syarikat mempunyai duit untuk melaksanakan sebutharga sekiranya dilantik atau pun tidak.

Iklan sebutharga keluar pada  bulan september contohnya.. Maka syarikat perlu kemukakan penyata kewangan untuk tiga bulan bermula bulan 6 hingga bulan lapan.

Dan sebenarnya penyata kewangan yang paling utama adalah bulan lapan. Perkara yang dilihat adalah pada  ending balance penyata kewangan dan ianya akan direkodkan kedalam laporan penilaian harga.

Sekiranya ending balance syarikat kurang daripada harga anggaran jabatan maka ianya akan dikategorikan sebagai rendah.setara akan dikira sederhana. Jika dua kali ganda daripada harga anggaran maka ianya akan dikira tinggi.

Walaubagaimanapun anda jangan risau sekiranya syarikat anda mempunyai keupayaan kewangan yang rendah..kerana peluang untuk memenangi sebutharga masih lagi terbuka.

Kerana pernah terdapat satu syarikat ICT yang hanya mempunyai modal sebanyak 1 juta dapat memenangi tender yang berharga lebih daripada 13 juta.

Wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff