08/10/2017

Rahsia Sebutharga : Follow Up

Salam.

Bilakah waktu follow yang paling ideal dan kenapa anda perlu lakukan follow up.

Anda perlu lakukan follow up pertamanya. Prospek atau pelanggan bukannya kaum kerabat anda. Mereka tidak akan datang kepadab anda. Sebaliknya anda yang perlu datang kepada mereka.

Prospek atau pelanggan yang memberikan projek kepada anda. Dan sudah semestinya selain daripada anda terdapat berpuluh-puluh lagi syarikat yang terdapat didalam database prospek.

Untuk mengelakkan diri anda dilupakan dan hanyut semakin jauh daripada prospek maka anda perlu lakukan follow up.

Follow up boleh dalam pelbagai bentuk sama ada dari pengenalan produk baru atau promosi yang syarikat anda sedang laksanakan.

Atau pun sekadar mengucapkan Selamat Menyambut Bulann Ramadhan dan Selamat Hari Raya.

Bilakah waktu yang sesuai untuk follow up?

Waktu yang sesuai adalah waktu prospek bersantai. Elakkan waktu mereka sibuk.
Ini akan membuatkan mesej anda tidak dilayan.

Waktu yang dicadangkan follow up adalah :

1. 9.00 – 10.00 pagi. Short Break.
2. 12.00 – 1.00 petang. Lunch Break.
3. 4.00 – 5.00 petang. Masa santai tunggu balik kerja.

4. Jangan cuti hari minggu.
5. Jangan hari cuti umum.
6. Minggu pertama bulan Mac
- Jabatan sudah ada bajet
7. Minggu pertama Bulan September
- Pengiraan semula untuk virement bajet.
8. Minggu pertama bulan November
- krismas shopping 25 Disember, untuk habiskan sisa-sisa bajet.
9. 5 bulan sebelum kontrak semasa tamat.

Wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff