08/10/2017

Rahsia Sebutharga : Khidmat Pelanggan Kelas A

“It takes a month to find customer, and only a second to lose one”

Kadang-kadang tak semua pelanggan anda akan gembira dengan apa yang anda beri kepada mereka. Dan anda, sebagai peniaga tak mampu nak beri kepuasan pada semua pelanggan yang  berurusan dengan anda, betul? Walau apapun, anda kena pastikan pelanggan sentiasa gembira dan berpuas hati dengan perkhidmatan anda.

Macam mana kita nak pastikan setiap pelanggan gembira dan akan berurusan dengan anda lagi?

1. Maksud pelanggan kelas A
Apa maksud pelanggan kelas ni? Mereka adalah pelanggan tetap yang sentiasa mendapatkan perkhidmatan dari anda. Atau mereka setia menggunakan produk anda tanpa ragu-ragu. Mereka cukup berpuas hati dengan anda. Mereka akan datang lagi bila dah gunakan produk anda.
Bukan tu saja, mereka akan berikan komen-komen yang menarik dan akan perkenalkan produk anda kepada pelanggan yang lain. Walaupun ribut melanda bisnes anda, mereka still lagi percaya dan tak pernah goyah. Mereka adalah testimoni terbaik bisnes anda.

2. Beri reward

Sekiranya anda nak pelanggan kelas A sentiasa setia dengan anda, berikan mereka reward. Jangan sesekali berkira dengan pelanggan. Jika anda teragak-agak nak beri mereka reward, jangan sesekali menyesal kalau mereka beralih arah kepada peniaga lain.

Berikan reward yang anda rasa patut kepada mereka dan berbaloi dengan apa yang mereka dah lakukan untuk bisnes anda. Contohnya, anda boleh berikan mereka pakej percutian, baucer pembelian selama sebulan atau membership percuma setahun.

3. Kekalkan servis dan kualiti terbaik

Bila pelanggan dah senang dan berpuas hati dengan bisnes anda, anda perlu kekalkan servis yang kualiti terbaik untuk mereka. Jika sebelum ni mereka gembira dan tiba-tiba hari ini mereka berhenti dari gunakan perkhidmatan anda, pasti ada yang tak kena dengan servis anda.

Cuba selidik apa yang membuatkan mereka tak gembira. Dan jika anda nak keluarkan produk terbaru, anda perlu minta response dari mereka dan jadikan mereka testimoni pertama anda. Jika mereka berpuas hati, pelanggan lain juga akan berpuas hati.

4. Buat follow up

Jangan lupa untuk sentiasa buat follow up dengan pelanggan kelas A anda. Bila anda sentiasa buat follow up, mereka akan semakin dekat dengan anda.

Nak jadikan mereka pelanggan tetap, anda kena bina hubungan dengan mereka.

Bila hubungan antara anda dan pelanggan terjalin, lagi mudah untuk anda berurusan dengan mereka dan buat follow up.

Sekiranya anda sentiasa ambil tahu perkembangan mereka, mereka akan rasa ada satu connection dengan anda.

Wassalam

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff