03/10/2017

Rahsia Sebutharga : Open Market Vs Underground Market

Salam.

"Never reveal your sources" - Rahsia Sebutharga

Adakah anda tahu bagaimana agensi membuat anggaran harga jabatan.

Anggaran harga perlu diletakkan sebelum sesuatu sebutharga dikeluarkan atau diiklankan. Bagaimana ianya dilakukan?

Kaedahnya adalah seperti dibawah iaitu:-

- Membuat survey di pasaran semasa aka pasaran terbuka untuk  perkhidmatan atau pembekalan.

- Mendapatkan secara terus daripada pembekal dan digunakan harga yang diberikan oleh pembekal sebagai harga  syilling sesuatu sebutharga..kerja mudahkan.

Bagaimana pula dengan syarikat bagaimana syarikat mendapatkan harga.

Terdapat dua kaedah iaitu daripada pasaran terbuka dan underground market.

Apa ciri-ciri pasaran terbuka.

- harganya adalah harga umum dan diguna pakai oleh semua orang.Seperti kedai di low yat atau di shopping complex.

- Harga yang telah dimasukkan sekali dengan harga orang tengah.

Underground market pula adalah:-

- Harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran terbuka. Kerana mendapat terus daripada sumber.Contohnya daripada negara Cina tanpa perlu menggunakan orang tengah.

- Harga yang diberikan diskaun kerana membeli secara banyak atau pukal. Contohnya daripada kilang atau pemborong.

- Harga kerana selalu berurusan dan telah kenal rapat..iaitu harga kengkawan.

Dan yang paling anda jangan sesekali berkongsi sumber underground dengan lain-lain syarikat kerana ianya senjata rahsia syarikat anda untuk bermain harga.

Jika anda diminta oleh jabatan untuk memberikan harga, gunakan harga open market dan naikkan mengikut peratusan.

Boleh rujuk pada bab bagaimana meletakkan harga untuk sebutharga.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff