22/10/2017

Rahsia Sebutharga : Strategi Duit Bawah Meja Yang Sah

Salam.

Ye,  duit bawah meja (DBM) atau duit kopi untuk jumlah yang lebih kecil.

dimaknakan sebagai balasan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam kontek sebutharga adalah untuk mendapatkan dan memenangi sebutharga.

Terdapat satu kes dimana pegawai yang bertanggungjawab dalam perolehan bagi tender perkhidmatan  pegawal keselamatan yang tidak telus.

Dimana syarikat perlu membayar sejumlah wang kepadanya untuk ditawarkan kontrak berkenaan.

Yang amat memalukan ialah WBM yang diminta adalah bersifat bulanan. Di mana syarikat terpaksa membayar RM 1000 hingga RM 3000 kepada pegawai berkenaan.

Perkara ini amatlah bercanggah dengan etika perolehan dan ianya masih diamalkan oleh individu yang dikatakan alim dalam ilmu agama. Namun disebabkan sesuatu kontrak mereka sanggup pejam mata dalam hal yang sebegini.

Namun tqahukah anda terdapat strategi tersembunyi untuk memberikan DBM secara halal antaranya adalah:-

1. Sumbangan

Tahukah anda? Untuk kebajikan kakitangan sesuatu jabatan...maka pihak jabatan akan mewujudkan sebuah kelab yang kebanyakannya dinamakan sebagai Kelab kebajikan, sukan dan rekreasi.

Kelab ini perlu berdaftar dengan ROS bagi menghalalkan mereka untuk mengutip dana bagi menjalankan operasi.

Sumbangan juga boleh diberikan sempena sambutan hari perayaan seperti penajaan makanan dan sebagainya.

2.CRS

Tanggungjawab sosial korporat..terdapat juga syarikat yang menggunakan nama crs untuk membuat kerja amal.

Contohnya terdapat satu syarikat yang menawarkan aplikasi mobile secara percuma untuk kegunaan jabatan.

Namun dalam masa yang sama menjana pulangan melalui iklan yang dimasukan ke dalam apps berkenaan.

3. Komisen

Terdapat juga  syarikat yang memberikan komisen kepada individu yang membantu syarikat untuk memasuki sebutharga atau setelah memenangi sebutharga.

Selalunya komisen diberikan kerana peranan individu berkenaan dalam memenangi sebutharga.

Jumlah komisen boleh diberikan mengikut peratusan nilai kontrak yang dimenangi atau pun sudah ditetapkan. Selalunya adalah 5% hingga 10% daripada nilai kontrak.

Namun pemberian komisen kepada pegawai yang bertanggungjawab kepada sesuatu sebutharga adalah tidak digalakkan dan dilarang.

Kerana dalam urusan dengan pegawai kerajaan ianya dikira sebagai rasuah.

3. Penajaan.

Syarikat juga boleh menaja untuk aktiviti sukan atau pun hari keluarga jabatan.

Selalunya syarikat akan dijemput hadir bersama. Seperti penajaan untuk pertandingan bowling dan juga futsal.

Wassalam

Petikan buku rahsiasebutharga.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff