04/12/2017

Pekerjaan Bukan Milik Kita

Salam.

Pekerjaan Bukan Milik Kita
===================

Bila kita ada kerja tetap, kebiasaannya kita rasa pendapatan kita telah terjamin. Mana tidaknya, tiap hujung bulan, cucuk dinding keluar kertas warna warni.
.
Tapi, sepatah kata guru saya, kita memang sayang kerja kita. Tapi, adakah kerja kita sayang kita? Ya! Itu yang pernah saya alami apabila suami balik dari kerja beritahu, "Yang...kilang tempat kerja abang akan tutup". Ya! Setelah 15 tahun hidup makan gaji.
.
Jadi, apa yang kau rasa masa ni? Nak nangis? Kilang tetap tutup. Nak meraung? Tetap akan tutup. Nak merayu? Jawapannya, tetap akan tutup. Nak merintih? Tutup jugak! Jadi apa yang kau nak buat?? Teruskan kehidupan!! Bangkit!!
.
Bila ada kerja, kita begitu selesa. Tapi, bila hilang pekerjaan walau berapa pampasan yang kita dapat, jika tidak dicorak dengan betul pasti akan selesai.
.
Resume boleh ditabur di mana-mana.

Tapi, persoalannya dapat ke tidak?  Masa inilah pentingnya kemahiran. Dengan kemahiran yang ada, itulah sumber pendapatan.

Pekerjaan bukan milik kita. Pekerjaan kita tak boleh diwariskan sebab ia milik majikan kita. Bila2 masa jawatan kita boleh digantikan dengan orang lain.

Berbeza dengan bisnes sendiri.

Bisnes adalah milik kita. Kalau diurus dengan betul, bisnes yang kita bina itu boleh diwariskan kepada keluarga setelah ketiadaan kita.

#BukuZeroHutang #MotivasiKewangan

- C&P

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff