02/01/2018

Buku : Hijrah Menjadi Usahawan

Salam.

Alhamdulillah..

Hari ini berjaya juga saya habiskan membaca buku Hijrah Menjadi Usahawan. Tulisan saudara Wahi Abd Rashid.

Buku berkenaan memang payah nak ada kat pasaran sekarang. Seminggu juga saya mundar mandir.

Mula-mula riki dekat popular Ampang Point, kemudian Mph Alpha Angle, Kinokuniya dan terakhir sekali di Sunway Velocity.

Memang dah tiada di pasaran..kalo ada pun stok lama.

Nasib baik di mphonline masih ada lagi buku ni.

So order hari khamis..hari jumaat dah terima..servis memang terbaik kalah lazada.

Isi buku ada kisah sebenar encik Wahi bagaimana beliau memulakan bisnes sewa kereta dan beberapa bisnes lain.

Susah payah yang dihadapi dalam membangunkan perniagaan beliau.

Bercerita mengenai kisah sebenar membuatkan aku terpaksa meluangkan masa menghabiskan keseluruhan bab.

Jika dibandingkan dengan buku bisnes yang lain..buku ini memang terbaik walaupun ketebalan tidaklah sampai 200 muka surat..

Rasa macam tidak puas membaca.

Jadi kepada usahawan baru ..saya sangat rekemenkan anda membaca buku ini..supaya anda tidak tersesat jalan atau menanggung kerugian yang besar dalam bisnes.

Sekarang telah diterbitkan dalam bentuk ebook yang telah dikemaskini dan boleh didapati di www.wahiabdrashid.com.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff