19/02/2018

Bolehke Meniru Dalam Berniaga

Salam.

Disekolah kita diajar meniru adalah salah.

Kita membesar dengan berpendapat meniru adalah salah.

Padahal kebanyakan perniagaan yang berjaya di dunia lahir dengan cara meniru.

Untuk berjaya dalam perniagaan anda kena pandai meniru.

Lahirlah perkataan tiruvasi..untuk membenarkan proses meniru dalam perniagaan dilakukan.

Dan tiruvasi adalah sesuatu proses yang sah dalam perniagaan.

Purdi E Chandra merupakan pengasas pusat tuisyen primagama yang merupakan pusat tuisyen yang terbesar di Indonesia.

Primagama telah difranchisekan dan terdapat ratusan cawangan di pelusuk Indonesia.

Beliau memulai perniagaan bimbingan belajar semasa masih lagi menuntut dan pada asalnya beliau tidak tahu untuk berbisnes apa.

Setelah melihat pusat bimbingan belajar Sky Mulyono yang berjaya di Jakarta.

Maka berfikir untuk menubuhkan Primagama di Yogya.

Soal risiko beliau fikirkan kemudian.

Bermula dengan dua orang pelajar dan ianya makin bertambah.

Kemudian beliau memulai pula bisnes makanan dengan membuka restoran padang prima raja dengan meniru restoran padang sari ratu.

Kesimpulannya tiada salah untuk memulakan bisnes dengan meniru perniagaan orang lain

Yang salahnya anda mempunyai banyak idea perniagaan..tapi satu pun tidak pernah dilaksanakan.

Wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff