24/02/2018

Keluar Dari Comfort Zone

Salam.

Semua orang ada idea..waima pengangur pun ada idea.

Duduk saja pun boleh dapat idea.

Kalo malas sangat nak dapat idea bolehn tanya orang apa idea yang bagus.

Kalo nak kaya boleh tanya apa yang orang kaya buat untuk jadi kaya.

Soalnya..terlampau banyak idea..sampai satu idea pun tak jalan

Bertahun lamanya idea tak pernah jadi realiti ..sebab apa?

Sebab takut...takut rugi..takut xde masa.takut stress.

Jadi ramai yang duduk pada situasi yang sama..dengan income yang sama.

Mana mungkinn kita akan dapat hasil yang berbeza jika membuat benda yang sama.

Ianya banyak terjadi kepada mereka yang makan gaji

impian tinggi menggunung nak bantu keluarga..nak bawak ibubapa menunaikan haji..nak mengembirakan isteri..nak pendidikan yang terbaik untuk anak2.

Tapi tak nak berubah dan bertindak.

Nak tak nak anda kenan keluar dari zone selesa untuk hasilkan result yang berlainan.

Pokoknya berjaya atau tidak..dan percayalah ia memerlukan usaha yang bukan sedikit...paling ketara anda akan kehilangan waktu tidur yang berkualiti

Wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff