11/03/2018

Berguru Dengan Mentor Yang Proven Result

Salam.

Susah ke nak cari mentor yang kita suka dan ikhlas nak tolong kita.

Kekadang ada mentor yang memerlukan kita join program mereka..baru layak kita diambil anak murid.

Alasan mereka untuk melihat kesungguhan perintis maka perintis perlu mengeluarkan sejumlah wang.

Ada benarnya perkara berkenaan.

Untuk memilih mentor anda perlu melihat mencari mentor yang dalam industri yang sama. Mentor yang anda cari sudah terbukti sukses dengan cara yang halal dan berlandaskan Islam.

Kerana apa?

Kerana terdapat mentor yang berjaya dengan menggunakan jalan yang salah dan berprinsip " matlamat menghalalkan cara " .

Kita bukan sahaja ingin berjaya di dunia malahan juga di akhirat.

Seeloknya carilah mentor yang mengimbangi dunia dan akhirat..itu adalah terbaik.

Seterusnya mentor yang membuatkan kita rasa selesa dengannya..kerana ianya lebih bertahan lama berbanding dengan mentor ikutan.

Sedikit kerja perlu dibuat untuk mengetahui karakter mentor yang sesuai dengan kita..diantaranya anda perlu:-

1. Membaca penulisan mentor berkenaan sama ada di favebook, buku, atau blog.

2. Mendengar ceramah atau seminar mentor berkenaan..adakah terdapat unsur-insur keikhlasan semasa sesi pembelajaran.

Mempunyai seorang mentor boleh banyak membantu seorang usahawan baru – Dari aspek teknikal seperti pengurusan kewangan, sumber manusia ataupun aspek yang lebih besar seperti menentukan hala tuju bisnes atau membantu mencari pelabur baru untuk memperkembangkan bisnes.

Seorang mentor juga boleh menjadi tempat anda meluahkan perasaan, idea atau masalah dalam bisnes anda – mereka biasanya akan mempunyai pengalaman yang cukup untuk membantu anda.

Anda boleh mencari mentor dari kalangan usahawan berjaya yang mempunyai masa untuk membimbing anda, mereka yang mempunyai pengalaman dalam jenis bisnes yang ands ceburi, atau anda boleh sahaja ‘menggaji’ seorang mentor.

Anda boleh menawarkan sebahagian dari keuntungan bisnes (dalam bentuk peratus) kepada mentor ini supaya beliau akan lebih berusaha membantu anda.

Salah satu teknik yang saya selalu nampak adalah apabila seseorang itu ingin memulakan sebuah bisnes, beliau akan mencari rakan kongsi, dan biasanya salah seorang rakan kongsi adalah dari mereka yang berstatus ‘mentor’.

Mentor ini akan memberi tunjuk ajar, memperbetulkan apa yang salah, dan membantu bisnes ini supaya menjana keuntungan.

Teknik sebegini biasanya amat berkesan, terutamanya jika bisnes sedang dalam kerugian, dan memerlukan bantuan pakar untuk memperbaiki keadaan.

Wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff