24/03/2018

Nawaitu Menulis Yang Perlu Anda Ada

Salam.

Dalam Islam sesuatu amalan itu berdasarkan pada niat.

Apa niat anda untuk menulis? Sama ada anda menulis ebook, blog atau buku anda mesti ada niat.

Jika anda berniat untuk mendapatkan wang. Ternyata niat anda salah dan perlu diperbetulkan.

Sama juga niatnya apabila anda berniaga. Apabila berniaga niat kita hendaklah membantu orang dengan manfaat produk yang kita jual.

Dan wang atau ganjaran akan datang kemudian.

Oleh itu anda perlu niatkan di dalam diri anda menulis bukan kerana wang. Anda menulis kerana mahu berkongsi manfaat dan pengalaman dengan orang ramai.

Membantu orang ramai untuk menyelesaikan masalah mereka.

Apa kata anda tutup mata sekejap dan betulkan niat terlebih dahulu..insya Allah anda akan mudah untuk menulis.

Wassalam

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff