15/03/2018

Prinsip Berniaga

Salam.

PRINSIP BERNIAGA
.

Dalam berniaga kita kena ada prinsip.

Lain orang, lain prinsipnya.

Sebab prinsip ni lah yang akan sedikit sebanyak membentuk bisnes kita.

Kalau kita dah firm dengan prinsip kita, kita kena pegang kuat kuat.

Jangan sampai orang mempengaruhi prinsip kita.

Contoh prinsip kita, kita jenis tak makan duit under table. Walaupun orang bagi sekepuk pun, kita kena firm dengan prinsip kita.

Contoh lain, prinsip bisnes kita adalah 100% cash. No money no talk. Maksudnya kalau siapa nak beli tapi tak bank in duit lagi, so jangan sesekali post barang tu.

Kalau dah post, kita berisiko rugi sebab kemungkinan nanti dia akan wasep "alaaa sorry tak jadi amek".. "alaa sorry duit tak cukup nak bank in hutang dulu ekk kau kan kawan aku"

Kalau nak jaga hubungan persahabatan, bukan secara bagi hutang. nanti kita makan hati kalau kawan baik sendiri tak bayar hutang kita at last bermusuh.

caranya adalah kita kena be firm dengan prinsip kita iaitu cash term. bukan tak percaya kawan tapi kita nak jaga perhubungan melainkan dengan orang yang in case dia tak mampu bayar kita takkan mintak dan kita kira sedekah dah.

Atau sesiapa datang nak beli secara hutang, kita offer solusi lain. Minta dia kumpul order dulu ker, minta dia kumpul duit bagi cukup dulu ker, minta dia buat sale sikit dulu ker, then baru kita bagi barang kita.

Bila kita banyak kali langgar prinsip kita berbisnes, percayalah, bisnes kita akan stuck. Contoh orang hutang, barang dalam kedai licin macam laris, tapi duit dalam bank takde nak beli stok buat rolling modal. Ini namanya cash flow tercekik.

Selagi tak bank in, takkan post.

Selagi tak bayar hutang terdahulu, dah tak boleh hutang lagi.

Selagi tak isi borang order, stok tak boleh post.

Selagi tak ikut cara yang ditetapkan, stok tak boleh di post. Duit kopi tidak diterima.

Selagi tak jadi stokis, tiada harga stokis.

Selagi tak jadi senior agent, tiada harga senior agent.

Selagi tak ikut rules yang hq tetapkan, tiada stok lagi bagimu.

Be firm. Okay?

- ameer founder al manna

Wassalam

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff