17/03/2018

Validated Dulu Produk Bisnes Anda

Salam.

Cara terbaik untuk mencuba idea bisnes anda adalah dengan menjalankan bisnes itu secara kecil-kecilan dahulu, terutamanya ketika hujung minggu.

Contohnya, jika anda berminat memulakan bisnes burger, anda boleh sahaja mencari tapak pasar malam pada hujung minggu, dan buat testing  , tengok berapa burger yang anda dapat jual, dan pada masa yang sama, untuk setiap jualan, berikan satu survey form untuk customer anda isi.

Tengok apa respon mereka dan tengok apa yang boleh anda buat untuk memenuhi permintaan mereka.

Terlebih sos? patty daging kering? buat penyesuian yang sewajarnya.

Jika anda berminat untuk membuat bisnes tour guide contohnya, anda boleh sahaja menawarkan khidmat anda secara percuma kepada 10 pelanggan awal, dengan syarat mereka sudi meluangkan sedikit masa menjawab survey form, dan ditemuramah untuk mendapatkan pandangan tentang bisnes anda dengan lebih mendalam.

Anda juga boleh menyertai forum, dan mengajak mana-mana pelancong dalam forum sana untuk menyertai program ‘jalanjalan santai’ bersama anda.

Anda kemudian bawa saja mereka berjalan-jalan, sambil anda bermain ‘tour guide’. Cuba segala skrip, pelan perjalanan yang ada dan tuliskan dalam nota segala masalah yang timbul, dan cara menyelesaikannya.

Peringkat testing ini sangat penting supaya anda dapat menjumpai seberapa banyak masalah yang timbul, dan menyelesaikannya sebelum anda membuka bisnes anda secara rasmi.

Ketika test-run, masalah yang timbul lebih senang diuruskan kerana skala bisnes anda pada ketika itu amat kecil.

Jika kenderaan sewa pelancong anda tidak sampai, anda hanya perlu menguruskan 2 pelancong yang terkandas, dan bukan 30.

Jika tukang masak restoran anda lambat, anda hanya perlu menguruskan 10 pelanggan yang sedang bosan menunggu, bukan 50.

Jadi, sebelum memulakan bisnes, buat dulu acid test dulu.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff