Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

22/04/2018

5 Ciri Orang Mukmin Yang Hebat

Salam.

Orang mukmin yang hebat:

-dia meninggalkan dunia sebelum dia meninggal dunia.

-Dia bersedekah sampai kaya, bukan dah kaya baru bersedekah.

-Dia berdakwah sampai jadi alim, bukan dah alim baru berdakwah.

-Dia datang masjid sampai ke tua, bukan dah tua baru nak ke masjid.

-Dia beramal sampai ikhlas, bukan dah ikhlas baru nak beramal.

Saya doakan anda semua orang mukmin yang hebat!

-copy

11/04/2018

Kisah Suri Rumah Buat Berpuluh K Sebulan

Salam.

Baru-baru ini saya dapat bersembang dengan seorang suri rumah, anak 4 yang berjaya membuat jualan produk bekas makanan sebanyak RM55,000-70,000 sebulan. Konsisten. Dan beliau mendapat 25% harga ejen.

Apabila saya kira % yang beliau dapat secara cash setiap bulan sebanyak sekitar RM15,625.

Saya duk tanya macam mana dia handle rumah, anak dan sosial media dengan baik hingga jualannya begitu besar sekali. Jawabnya mudah sahaja: “rancang.” Ini yang saya dapat kumpulkan dari perbualan kami.

1. Jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dahulu seperti biasa. Bangun awal untuk sediakan makan pakai buat suami dan anak-anak ke sekolah. Ini beliau anggap sebagai punca rezekinya.

2. Apabila suami dah ke tempat kerja, anak yang dah besar ke sekolah, tinggallah beliau dengan seorang anak kecil. Beliau biarkan yang itu tidur dan beliau mula mengemas rumah sampai siap.

3. Sekitar 9.00 pagi, solat dhuha 4 rakaat (2 kali solat). Ini sudah jadi rutin harian.

4. Siapkan si kecil, mandikan dan beri susu / makan, baru buka laptop.

5. Di media sosial peribadi, beliau ada 7,000+ pengikut. Di situ, beliau kerap update tentang bagaimana uruskan keluarga di rumah dalam masa sama menjana duit. Kisah anak, resipi masakan anak, bento, organizer dan bekas makanan.

Pernah viral beberapa kali.

6. Di Page, beliau sentiasa invest untuk buat Facebook Ads (FBAds). Dan ia kerap menjadi dengan baik.

7. Dua-dua tempat (personal akaun dan Page) memberi pulangan yang besar. Namun di Personal Account beliau dapat kawan dan networking, Page memang jualan sahaja.

8. Content, beliau tulis di Ms Word. Kemudian beliau susunkan ikut hari dan masa. Jadi sesibuk mana, tetap ada content untuk dimuat naik. Beliau bina bank content.

9. Sekitar 10.30 pagi, beliau akan menulis sekitar 3-4 story di dalam word. Siap, save dan baru buka Facebook untuk like dan komen posting kawan.

10. Posting sendiri, beliau dah susun 3-4 kali sehari.

8.00 pagi, update doa atau kisah anak-anak.

12.00 tengah hari, bagaimana menjadi Suri Rumah yang bekerjaya di rumah.

3.00 petang, iklan / testimoni / promosi.

8.00 malam, letak perbualan lawak-lawak dengan anak-anak. 

Semuanya beliau dah emelkan kepada diri sendiri dan hanya copy dari emel dan pastekan ke wallnya sahaja.

Tengah hari, siapkan makanan untuk anak balik sekolah, malam pun sama. Rutinnya begitu sahaja. Semua beliau handle sendiri sebaik-baiknya.

Saya simpulkan, orang merancang takkan pernah gagal. Orang gagal adalah yang gagal merancang.

Tahniah buat Puan tersebut. Ampun maaf tak diberi kebenaran untuk tag kerana bimbang kena kejar dengan macam-macam. Hehe.

Betul kata pepatah, “orang rajin cari jalan, orang malas banyak alasan.”

Semoga ada manfaatnya ya.

- Khairul Hakimin Muhammad,
Kagum!

08/04/2018

Cerita Kisah Founder Al-Manna

Salam.

KISAH SAYA BERMULA..
.

Awal2 biz dulu.. saya start dgn apa yg ada dlm tangan je.. saya xde modal berkk, sy xde ilmu biz, sy xde mentor, sy xde org support 24jam suruh sy buat biz pon, sy xde daging darah biz.. tp apa yg sy ada cuma

IMPIAN & TINDAKAN

.

Dulu 4 tahun lepas.. impian yg saya pasang sgt besar.. antaranya nk gaji 5 angka walaupun bekerja dari rumah lahh, nk g umrah masa muda lahh, nak pakai keta mewah lahh, nak ada aset sendiri (rumah) sebelum umur 24 lahh, nk kerja bebas masa xnk 9-5 lahh, nak itu lah.. nak inilah..

Masa saya pasang impian tu.. sy xde apa2 pun kat tangan.. melainkan sekeping kertas dari bekas penaja saya yg menuntut saya bayar ganti rugi pinjaman pendidikan sebanyak 100k!

Modal yg saya ada cuma MODAL DIRI SENDIRI.. bukan MODAL DUIT.. sebujur badan inilah yg menjadi saksi bahawa sy start biz mmg dari bawah.. mmg dari rm0.. malah -ve sbb kena byr hutang pendidikan..

Dari hari ke hari.. saya kerah keringat yg keding ni.. bangunkan perniagaan sy sehingga tertubuhnya AMEER AL MANNA SDN BHD skrg.. ianya terlahir bukan dlm masa 2 bulan.. bukan 2 tahun.. tapi 4 tahun selepas saya "bayar" dgn penat lelah, air mata darah & peluh keringat yg mengalir dlm tubuh sy.. seawal usia saya 20 tahun..

Apa yg saya mula2 buat?

Saya jual produk org dulu.. sy belajar marketing cara sy sendiri.. sy pulun buat sales berpuluh2 k dgn jual produk org dulu dgn implement strategy marketing yg saya fikir betul..

Jual produk org senang jer sbb kita boleh terus focus marketing.. xperlu focus production, hr, finance sbb stok mmg sentiasa ada.. tugas kita hanya pasarkan kpd end-cust terus..

Kalau produk bagus tapi sales xjln.. maksudnya diri kita sendiri yg xpower marketing.. bukan 100% salah owner/hq/stokis/leader yg guide kita.. kalau produk org lain kita berjaya jual berpuluh2 k, produk kita sendiri nanti pun kita akan berjaya jual berpuluh2 k jgk sbb ilmu menjual kita dh ada.. jual apa pun org beli..

Kalau ada yg kata susah.. meh dgr citer sy dlu.. sy dlu buat sales puluh2 k 100% hanya dari online shj.. sbb sy fulltime pelajar university.. sy terpaksa hidup dua alam.. alam pelajar & alam peniaga online..

Penat? Ya.. sangat..

Tapi sbb impian saya LEBIH BESAR daripada rasa penat tu lah yg membuatkan saya terpaksa "menipu" diri yg saya sebenarnya tak penat..

Hujung minggu kwn g lepak.. bersuka ria kat bandar.. sy xikut.. saya tipu diri sendiri yg sy xsuka lepak..

Kwn bergembira beli baju baru.. seluar baru.. sy tipu diri sendiri bahawa baju sy masih elok.. sbb duit sy kena guna utk rolling modal biz..

Kwn balik kg.. cuti hujung minggu tp sy xbalik.. sy tipu diri sendiri yg sy xnk balik kg.. sebenarnya sy kena turun kl amek stok brg..

Buat biz mmg perlukan pengorbanan yg SANGAT BESAR.. jgn beritahu org sekeliling yg kita sedang berkorban buat biz.. sbb takut org rendahkan biz kita.. kita diam jer.. jgn berhenti berusaha.. work in silent.. let our success be the noise..

p/s : like jika bermanfaat utk diri sendiri.. share jika ianya juga bermanfaat utk orang lain

Terima kasih tau sudi baca

- ameer founder al-manna

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff