16/05/2018

3 Department Wajib Ada Dalam Syarikat

Dalam syarikat saya(Ameer almanna), ada 3 department sahaja iaitu:

1) Admin

2) Sales & Marketing

3) Finance

Scope tugas setiap department HQ akan sediakan siap-siap supaya masing-masing jelas

Paling penting adalah sediakan SOP (standard of procedure) untuk setiap department follow supaya jimat masa

.

Masa zaman saya enterprise dulu..

Saya lah staff admin.. saya lah staff finance.. saya lah staff sales & marketing.. saya juga lah founder produk..

Semua kerja saya buat.. selalu "minta nyawa" dengan Tuhan masa struggle awal2 dulu sebab sangat2 penat.. semua benda saya sendiri yang buat.. kalau takde saya memang bisnes tak jalan la boleh kata..

Syukur alhamdulillah.. dari hari ke hari, syarikat lebih bersistematik.. mungkin sebab saya ada lebih masa nak fikir sebab dah delegate tugas kat staff

.

My advise kepada mereka yang nak jadi pemilik syarikat adalah:

1) Rasai lah sendiri dulu perit jerih pergi pos barang di bawah panas matahari terik (panas ceng ceng orang kelantan kata) dan angkat stok al manna ameer beratus2 kilo sehari guna bare hands, supaya satu hari nanti kita boleh faham apa yang staff rasa bila mereka sendiri yang buat tugas tu

2) Rasai lah sendiri kesusahan berniaga supaya kita tidak lagi sanggup tawar menawar dengan makcik2 yang berniaga kerepek2 di jalanan demi sesuap nasi untuk anak mereka di rumah

3) Rasai lah sendiri terlebih dahulu pengalaman berniaga sehingga mampu menjana jualan 5 angka sebulan supaya kita boleh bantu bangsa kita yang lain untuk capai apa yang kita pernah capai dengan cara bisnes kita dan strategy yang kita sendiri gunakan sehingga membuahkan "proven results"

4) Rasai sendiri bahawa segala yang kita kecapi dalam perniagaan adalah atas pertolongan Allah yang membawa kita daripada rm0 sebulan kepada ber k k sebulan sehinggakan kita sendiri langsung tak percaya yang kita boleh lakukannya (bergantung pada kekuatan diri memang akan buat kita rasa kita tak boleh dan tak mampu capai ber k k sebulan)

.

MARILAH KITA BERNIAGA SEMOGA BERNIAGA BOLEH DIDIK HATI KITA UNTUK SEMAKIN TUNDUK MALU DI SISINYA ATAS SEGALA DOSA KITA NAMUN MASIH DI BERI REZEKI YANG MELIMPAH RUAH

- founder al manna ameer

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff