17/05/2018

Jangan Paksa Orang Berbisnes

Salam.

JANGAN PAKSA ORANG BERBISNES
.
.
.

Sepanjang saya buat biz al manna, saya tak pernah paksa orang jual al manna.. saya tak pernah merayu untuk orang jual al manna.. sebab kalau kita nak biz tahan lama, rasa nak berbisnes itu mestilah lahir dari DIRI SENDIRI

Setiap orang ada potensi dan bakat nak berbisnes tapi mereka tak tahu cara dan tidak cukup faktor penolak yang "tolak" mereka dari dalaman diri mereka untuk buat biz.. kita tak boleh tolong tolak mereka secara fizikal (kekerasan), nanti mereka akan buat biz atas dasar terpaksa, tanpa rela hati & ianya takkan tahan lama..

Buat biz sebulan dua, lepastu stop atau tukar buat biz lain sebab faktor penolak dalam diri mereka tak kuat.. orang lain tak boleh tolong "tolak" tapi diri sendirilah yang kena "tolak" diri sendiri untuk terus istiqamah buat biz dan istiqamah itu hanya berlaku jika kita letak kebergantungan sebulat-bulatnya pada Allah.. jangan sampai ada ragu-ragu dengan Allah..

"Boleh ker aku biz ni? pantang datuk nenek aku berniaga sebab tiada siapa pun yang ada darah berniaga (ingat darah orang berniaga kaler putih??)

"Boleh laku ke jual produk ni?"

"Boleh dapat ke side income 4 angka sebulan kalau jual 1 produk ni jer?? boleh lepas bayar loan rumah, kereta ke ni??"

Persoalan-persoalan inilah yang akan menyebabkan kita tak buat biz dan takkan buat biz.. jadi.. silalah beri hati kita kepada Allah.. jangan kita pula yang menjadi "tuhan" kepada diri sendiri dalam menentukan periuk rezeki kita.. takut jadi "syirik kecil" pulak nanti iaitu bila kita menyangka periuk rezeki kita adalah bergantung pada kekuatan diri.. sebaliknya sebutlah,

La Haula Wala Quwwata Illa Billah.. yang membawa maksud "Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah"

Maka kalau nak mula buat biz.. latihlah diri terlebih dahulu untuk sentiasa memuji Allah.. jangan puji manusia dengan 1001 pengharapan untuk harap orang tolong kita, jangan harap modal 10k tolong kita.. sbb Allah sendiri yang akan tolong kita..

Manusia hanya sekadar mampu "menolak" secara psikologi dengan memberi inspirasi, tunjukkan bukti result depan mata, kata-kata positif untuk menaikkan semangat & dorongan supaya kita buat biz dan istiqamah buat biz..

Namun itu hanyalah ASBAB sahaja.. Allah jua yang izinkan dan "menolak" kita untuk buat biz & terus istiqamah berjuang dalam perniagaan..

Sebab itu.. bila kita nak buat biz.. kita jangan cari manusia dulu.. tapi "cari" lah ULTIMATE POWER terlebih dahulu.. nak cari kat mana ye? ULTIMATE POWER kita berada sangat dekat dengan kita.. bahkan lebih dekat dengan urat merih kita sendiri..

Jika Dia izinkan, Dia akan cipta jalan untuk kita lalu.. bukan jalan yang kita cipta guna nafsu kita sendiri.. jika biz bukan jalan kita, Dia akan buka jalan lain..

Jika kita seorang guru, Dia akan jadikan kita bukan guru biasa-biasa tapi guru luar biasa yang mampu melahirkan generasi al-fateh yang bakal menggegarkan dunia

Jika kita seorang professional, Dia akan jadikan kita seorang professional muslim yang luar biasa.. yang berani untuk ke depan dalam memperjuangkan hak-hak agama

Jika kita seorang rakyat marhaen, Dia akan menjadikan kita seorang rakyat marhaen berfikiran yang luar biasa.. menyokong perjuangan islam & melakukan amar makruf nahi mungkar secara keseluruhan

HIDUP ADALAH SATU PERJUANGAN. HANYA YANG LUAR BIASA AKAN MENANG. ORANG ISLAM MESTI JADI ORANG LUAR BIASA.

- founder al manna ameer

p/s : share jika bermanfaat

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff