31/07/2018

Buku : Varun Agarwal

Salam.

Akhirnya berjaya jugak saya habiskan buku " How I braved Anu Aunty And Co-Founded Million Dollar Company".

Buku ini menginspirasikan ramai pembaca untuk membuka bisnes sendiri.

Kisah varun agarwal berusia 22 tahun dan kawannya Rohn Malhotra membangunkan bisnes Alma Mater yang menjual produk merchandise seperti tshirt, hoodies dan cenderamata untuk sekolah di Bangalore dan dikembangkan ke seluruh india.

Pada mulanya saya tidak kenal siapa varun agarwal selepas tertonton salah satu speaker Tedx di youtube ..baharulah saya mencari info mengenai varun agarwal dan mendapat tahu beliau ada menulis buku yang diterbitkan oleh Rupa Publications antara penerbit buku terbesar di India.

Kandungan buku banyak berkisar kepada life anak muda..dengan kisah diaorang masuk kelab atau berparti..kemudian banyak perkataan yang mat salleh yang tidak perlu dimasukan kedalam buku.

Contohnya perkataan fu*k..

Banyak scene minum arak..mabuk dan sebagainya.

So saya berjaya habiskan jugak buku ni..walaupun mengambil masa beberapa hari.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff