12/08/2018

Ikhlas dalam berblog

Salam.

Nowaday,

Kebanyakkan blog milik yang dikatakan pakar...kerap membuat post berkaitan dengan program, seminar atau kelas perniagaan.

Mereka kini sudah kurang memberikan tips2 secara percuma mengenai pemasaran mahupun perniagaan.

Kenapa ini berlaku..

Pertamanya bukan mereka yang mengupdate blog tetapi staf yang digaji akan mengupdate blog pakar berkenaan.

Sudah semestinya apabila bisnes mereka berkembang..staf juga akan turut bertambah.

Kewangan syarikat juga perlu meningkat untuk membayar gaji pekerja dan kos overhead syarikat.

Oleh yang demikian..blog2 mereka akan dipenuhi dengan ajakan kepada para pembaca yang melawat blog berkenaan supaya menyertai program yang mereka adakan.

No programme no money, no money no salary.

Tidak salah untuk memuatkan iklan2 berkaitan dengan program atau seminar yang bakal diadakan.

Namun biarlah blog berkenaan di selang seli dengan tips percuma untuk para pelawat.

Saya diantara pembaca yang muak dengan iklan supaya menyertai program2 yang selalu dihantar melalui emel.

Wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff