26/11/2018

Rahsia Sebutharga : # Pasang Ejen Dalam Jabatan Kerajaan

Salam.

Tip malam ni adalah macam mana nak pasang ejen dalam jabatan kerajaan.

Seorang kawan menggunakan kawannya yang bekerja di jabatan kerajaan sebagai sumber maklumat sekiranya terdapat sebutharga yang diiklankan oleh jabatan berkenaan.

Bro, gua tiada kawan yang dikenali bekerja di dalam jabatan kerajaan.

" Macam mana pulak ye " .

Jangan susah hati bro...caranya adalah anda kena pergi buat kawan. Cari pegawai yang tepat iaitu pegawai penyedia sebutharga yang sesuai dengan bidang bisnes yang syarikat anda jalankan.

Dapatkan butiran pegawai berkenaan. Seperti nama, jawatan, no tel dan emel.

Kat sini yang paling penting adalah emel pegawai berkenaan. Kerana anda boleh follow up untuk memastikan anda diberi maklum sekiranya terdapat sebutharga yang dibuka. Sama ada sebutharga secara tertutup atau secara EP.

Anda boleh namakan mereka sebagai ejen. Yang bagusnya ...ejen-ejen ini anda tidak perlu memberi komisen kepada mereka. Kerana mereka dilarang menerima sebarang imbuhan daripada vendor.

Tetapi anda boleh sumbangan cenderahati berbentuk diary atau yearly planner yang tertera nama syarikat anda supaya ejen-ejen ini akan sentiasa mengingati syarikat anda.

Wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff