26/11/2018

Rahsia Sebutharga : # Targetted Officer

Salam.

Tips petang ni ..adalah mengenai targetted officer.

Saya percaya dengan pepatah.

"Right person at the right time".

Di mana anda perlu pastikan anda berjumpa dengan orang yang betul dan pada masa yang betul.

Individu seperti ini biasanya sukar dijumpai kerana mereka akan sentiasa sibuk.

Mereka adalah individu yang berada di tengah-tengah .tinggi pun tidak, bawah pun tidak.

" Macam mana tu boh! "

Ha..jika anda familiar dengan skim penjawatan  kerajaan. Ianya diletakan dengan kod. Setiap kod akan membezakan pangkat-pangkat mereka.

Contohnya WA 44 adalah kod untuk pegawai akauntan. W 29 adalah untuk penolong pegawai akauntan.

"Dah faham ye."

Seterusnya apa kaitan dengan targertted Officer.

Targertted Officer ini la yang anda perlu jumpa untuk membuat temujanji dan menerangkan tentang servis syarikat anda.

"Siapa mereka".

Mereka adalah pegawai yang berpangkat 41 hingga 44. Kerana mereka ini la yang selalunya akan terlibat di dalam penyediaan spesifikasi sebutharga dan pengkaji harga di pasaran. 80 % peratus dilakukan oleh mereka.

"Selain itu ada lagi x?"

Mestila ada...iaitu PT 22 atau ketua kerani untuk sebutharga yang kecil-kecil bawah RM 20 ribu. Mereka ini adalah yang bertanggungjawab untuk membuat pembelian dan perolehan di bahagian pengurusan.

Akhir kata..cuba anda fikir siapa targetted officer yang pernah anda jumpa dan cuba follow up.

Wassalam.

Petikan daripada buku Rahsia Sebutharga.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff