01/06/2019

Cara CEO D'Herbs buat marketing

Salam

"Untuk kos iklan semua.. Saya peruntukkan RM15 hingga RM18 juta setahun." Dato' Aliff Syukri (Pengasas D' Herbs)

Dato' Aliff Syukri (Pengasas syarikat D'Herbs) berkongsi tentang satu daripada strategi pemasaran syarikatnya peringkat awal.

1 - Beliau melakukan bengkel kecantikan hampir di seluruh negeri.

(Ini dikongsikan dalam video inspirasi permulaan bisnes jenama D'Herbs)

2 - Bukan sahaja tujuannya untuk memperoleh ramai pelanggan, dalam masa sama membina keyakinan orang lain terhadap jenama syarikatnya.

3 - Kaedah mengadakan majlis ilmu adalah satu daripada cara untuk mendapatkan ramai pelanggan dan meningkatkan jenama bisnes.

4 - Ia adalah kaedah yang ringkas, rendah kos dan modal yang paling penting adalah modal ilmu.

5 - 4 Jenis majlis ilmu yang lumayan. Majlis ilmu terbahagi kepada beberapa kategori seperti:

+ Seminar.

+Bengkel (Workshop).

+ Personal coaching.

+ Group coaching.

6 - Ia adalah satu model marketing yang mengizinkan kita untuk mencipta satu lagi saluran paip duit untuk bisnes.

7- Ada beberapa syarikat yang bijak mengoptimasikan majlis ilmu sebagai teknik marketing. Dalam masa sama, membina portfolio dan profail syarikat.

CnP

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff