Pages

23/08/2019

Buku : Sunan Cinta Nan Sakti

Salam,

 Buku terakhir dalam trilogi novel Laksamana Sunan.

Kiranya buku flasback untuk kisah saifudin. Buku ni saya survey dekat online memang dah takde begitu juga di kedai-kedai buku termasuk dekat jalan TAR dah sold out. Nasib baik masih ada lagi jual dekat RAMFC Store. So order online pakai whatsapp je.

 Penghantaran hanya dibuat pada hari khamis. harga RM 30 tambah dengan kos delivery RM 10. Semalam diaorang pos. Hari ni dah sampai. Memang terbaik RAMFC.

Bonus untuk order dengan RAMFC Store akan dapat tandatangan Penulis Ramlee Awang Murshid.

Dah dua bulan saya duk cuba habiskan koleksi laksamana sunan ni. Sampai sepertiga malam untuk khatam novel ni.

Pembelian dalam bentuk ebook di Emall (boleh download dekat playstore) oleh karangkraf pun ada jugak. .

Sekarang saya tengah habiskan buku terakhir Sunan Cinta Nan Sakti . Tak menyesal untuk dijadikan koleksi. Dia punya tebal tak hingat.

Bosan-bosan boleh repeat lagi..hehehe.

 Wassalam.


11/08/2019

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2019

Salam.

Kepada seluruh pembaca blog risiyusoff.com.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha.

Jangan lupa menelefon ibu bapa jika yang masih ada dan tidak pulang ke kampung.

Mohon keampunan mereka berdua.

Wassalam.

Bertapa Dengan Ramlee Awang Murshid

Salam.

Sejak 2 minggu lepas jiwa dihantui dengan buku Ramlee Awang Murshid.

Semestinya trilogi Laksamana Sunan. Ye saya ketinggalan kebelakang.

Baru-baru ini berpeluang melihat komen daripada pembaca. Dan terus melekat untuk habiskan trologi laksamana Sunan.

Dimulai dengan buku Sunan Musafir .

Tak rugi membaca buku ini. Terasa bagai membentuk jati diri dan rasa sebagai satu buku dakwah yang wajib bangsa Melayu baca.

Hadiahkan kepada anak-anak muda.

Wassalam