Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Sifu Jualan

Rahsia Sifu Jualan - Tips Efektif Melariskan Jualan Tanpa Pening-Pening.

01/10/2022

Daily Schedule : Kuasai Tabiat Jualan

 

Kenapa ada orang yang 5x – 10x lebih rajin daripada kita, lebih bahagia, lebih yakin, lebih relax & lebih berjaya sedangkan kita asyik malas, suka bertangguh, tak cukup masa & takut je tak habis-habis?

 

Kerana tiada motivasi? tiada BIG WHY?

 

Teknik Paling Berkesan Untuk Melawan Tabiat MALAS.

  • Jangan bertangguh kalau buat kerja. Ingat, bertangguh ni lah sebenarnya pintu utama kemalasan.
  • Paksa diri bersungguh-sungguh. Sebenarnya malas ni datang daripada mindset dan subconscious mind kita je. Kita ada kemampuan terpendam untuk melawan dan menguasai mindset kita sendiri.
  • Buat to-do-list samada yang harian, mingguan, bulanan atau tahunan. Bila kita dah buat to-do-list ni kita sebenarnya dah arahkan minda kita sendiri untuk siapkan kerja kita tu walau apa pun cabarannya!
  • Setkan Target diri..1 day 1 prospect @ buyer

 

Orang yang berjaya, tak bergantung kepada motivasi, sebab motivasi ni datang dan pergi dan untuk itu anda kena bina tabiat, sistem dan disiplin. Ianya perlu dibuat secara berulang-ulang dan setiap kali terdapat masalah anda akan memperbaiki dengan cara yang lebih baik.

 

Akhirnya anda telah bina sistem untuk bekerja. Tak perlu fikir banyak. Ikut saja sistem yang anda sudah bina. Semakin hari, semakin kukuh sistem produktiviti anda.

Apa beza motivasi, disiplin dan tabiat?

 

Motivasi tunggu kita ‘RASA' nak buat sesuatu kerja baru nak buat kerja tu. Apalagi lagi motivasi yang diperlukan selain ingin memenuhi keperluan ahli keluarga kita termasuk membahagiakan ibu bapa dan beribadah kepada Allah. 

 

Disiplin akan terus buat kerja yang patut dibuat, tak peduli apa kita rasa. Kerja yang kita kena buat, kita tetap kena buat.

Tabiat ialah aturan kerja yang automatik. Apabila sampai saja masa untuk buat, kita terus buat. Takde masa nak layan jiwa malas mengada.

 

Antara tabiat buruk yang perlu anda buang adalah suka bertangguh kerja, buka telegram/whatsapp, FB, youtube, main games, layan movie dan lain-lain aktiviti yang tidak produktif.

 

Kita tak akan berkembang kalau hidup selesa dan semuanya senang. Jika kereta perlukan minyak untuk bergerak, kita perlukan Positive Energy untuk Menggerakkan Tindakan kita. Faham ke Faham?

 

Sekarang…

 

Untuk mewujudkan disiplin dan tabiat anda wajib ada jadual harian anda sendiri supaya anda istiqomah di laluan yang betul.  Di bawah adalah contoh jadual harian yang boleh anda ikut dan ubah ikut situasi anda sendiri.

 

11.30am - Monitor Website & Iklan FB/Insta & Adwords

12am - Masuk Tidur.

5.30am - Solat Tahajud & Subuh dan Surah Al-Waqiah. 

7am - Hantar Good Morning Wish Client

8am - Hantar anak & Isteri Kerja

8.30 – Solat Dhuha

9am - Huddle Meeting (Isnin, Rabu & Jumaat)

9am - Prepare Prospek List/ Check email (Set Appointment)

10am - Bincang Strategy (Team Sales)

11am - Submit Sales (Jika ada)

12am - Ambil anak kat sekolah

1pm - Lunch & Solat

2pm - Sambung call / Appointment

5pm - Solat & Ambik wife kerja

6pm - Rehat / Standby Appointment

7.30pm – Solat Maghrib

8pm - Appointment/ Whatsapp

10pm - Tidurkan anak

11pm - Sembang dengan isteri


https://kliksini.my/4uTV4

26/09/2022

1.5 Bina Reputasi VS Personal Branding

 

Pembinaan reputasi bukan mainan sehari dua. Ini mainan tahun ye tuan puan. Sanggup ke nak spend masa 3 tahun bina reputasi?

 

Ramai nak berjaya. Tapi tak sanggup nak main 'long game' dan bisnes adalah marathon bukannya 100 meter lari pecut ye tuan puan. Dalam tempoh berkenaan apa yang anda perlu buat adalah banyakkan konten yang bermanfaat kepada prospek. Pastikan konten adalah menarik dan berkaitan dengan bisnes anda. Jangan dibuat konten yang mengarut dan menyimpang dari niche bisnes.

 

Fokus saja untuk bina reputasi diri sendiri atau bisnes bermula dari sekarang. Branding ni apa benda sebenarnya? Kenapa nak kena buat branding? Boleh ke kalau bisnes tak buat branding?

 

Ramai orang ingat branding ni kena ada follower ramai dekat social media, ada billboard tepi highway, masuk iklan TV, Sponsor Event TV, logo cantik dan nama brand yang catchy.

 

Ini bukan maksud sebenar branding. Branding yang sebenarnya adalah reputasi. Kita nak orang kenal kita sebagai apa. Bisnes kita nak dikenali sebagai apa. Apa yang terlintas di fikiran orang bila cakap pasal kita atau bisnes kita.

 

Kita ambil contoh Apple. Tengok logo pun orang dah tahu kualiti produk Apple macam mana.Produk Apple tahan lama. Harga mahal pun orang sanggup beli padahal banyak pilihan lain yang lebih murah.

 

Bila reputasi kita baik, orang akan bercerita pasal kita. Pelanggan akan recommend bisnes kita dengan kawan-kawan dia. Pelanggan senang nak tunjuk bisnes kita dengan orang lain. Reputasi pula dibantu dengan adanya nama bisnes, logo yang cantik.

 

Kita ambil pula contoh makcik jual nasi lemak tepi jalan. Kita tahu nasi lemak dia sedap, makcik ni dah ada reputasi jual nasi lemak tapi kita susah nak cerita dekat orang lain pasal nasi lemak ni. Sebab nasi lemak ni takde nama.

 

Kita boleh cakap nasi lemak ni jual dekat situ-situ saja. Kalau makcik ni pindah tempat meniaga, orang dah tak jumpa nasi lemak sedap ni.Jadi, nama tu membantu reputasi kita disebarkan. Kalau ada nama, makcik ni pindah tempat meniaga pun orang boleh tahu.

 

Nak buat personal branding ke business branding? Terpulang. Ada banyak bisnes yang dikenali ramai tapi orang tak kenal pun siapa founder dia. Personal branding tak semestinya lebih baik dari business branding. Yang penting adalah reputasi.

 

"Saya nak buat personal branding macam owner produk tu. Macam mana ye?". Anda perlu ingat untuk bina reputasi ni tak ada cara mudah dan jalan pintas. Jangan tengok harini hasil dia, kita terus berangan nak dapat hasil macam owner produk tu.

 

Kejayaan dia bukan datang dengan cara yang senang. Mungkin yang kita nampak sekarang ni orang ramai kenal, suka dan percaya pada dia. Sampai orang ramai berebut-rebut nak beli produk yang dia pasarkan kat Shopee.

 

Tapi kita kena juga tahu apa proses yang dia lalu sebelum orang boleh percaya dengan dia. Cuba kaji balik macam mana dia bermula. Yang saya pasti hasil yang didapati sekarang adalah usaha yang dilakukan 3 atau 4 tahun lepas. “Trust the process. Trust Your Journey”


https://kliksini.my/4uTV4

19/09/2022

21 Prinsip & Proses Menjual

 

Sebagai peniaga kita perlu menguasai ilmu menjual dan  proses menjual merupakan urusan yang paling penting yang kita perlu buat. Jadi, takdelah isu jual produk syok sendiri. Modal dah habis keluar produk. Tapi produk bersusun bawah katil, tak terjual. Sehebat manapun produk atau servis yang anda miliki, kalau tidak dapat dijual, sedikit pun tidak akan ada maknanya.

 

Saya kongsikan 21 prinsip & proses menjual yang anda perlu belajar dan praktikkan.

 

#1) Komitmen tinggi menjual

Perlu pasang niat dari awal untuk menjadi seorang peniaga yang profesional yang hebat. Bukan nak jadi jurutipu. Asal boleh ambil duit orang, tak fikir jauh ke depan. Sanggup tipu dan melakarkan rekod hitam dalam sejarah kehidupan anda. Jadi perlu pasang niat dari awal, mahu ikhlas dan jujur untuk menjual.

 

#2) Fokus pada matlamat

Sentiasa berikan tumpuan pada matlamat. Tak kira samada kena reject berkali-kali, jangan terus goyang dan hilang tumpuan untuk menjual. Terus berusaha gigih sampai jadi. Jangan juga tak ada sasaran dari segi kuantiti. Letakkan sasaran berapa unit produk dan berapa ringgit anda nak capai. Jangan hilang fokus selagi sasaran tak tercapai.

 

#3) Kuasai Kemahiran menjual

Ini kelemahan paling ketara yang ada pada kebanyakan orang. Nak jadi jurujual, tapi langsung tak ada usaha untuk kuasai skill menjual. Masuk seminar, baca buku, tanya orang yang dah berjaya dan lain-lain seumpamanya. Belajar dan amalkan secara berterusan supaya skill menjual anda sentiasa meningkat.

 

Skill menjual tidak akan diperolehi hanya secara teori. Nak betul-betul faham, perlu buat. Macam naik basikal atau berenang. Perlu praktikal baru dapat kuasainya. Lagi banyak anda buat, semakin meningkat pemahaman. Test, test dan test buat sampai jadi.

 

 

#4) Bina dan ikut sistem menjual

Membina satu sistem yang terbukti berjaya dan ikut sistem yang anda buat itu. Boleh tiruvasi sistem orang lain yang dah terbukti berkesan dan cuba lakukannya. Dari situ anda boleh perbaiki dari masa ke masa sampai jadi sistem anda sendiri.

 

#5) Sistematik

Aktiviti menjual perlu ada perancangan yang baik. Susun usaha anda itu dengan jelas satu persatu. Bukan main hentam tak tahu hujung pangkal. Jurujual mesti tau apa nak buat next dan next.

 

#6) Hormat dan dihormati

Sentiasa hormat orang lain. Jangan biadap dan tinggi diri. Dalam masa yang sama perlu ada keyakinan yang tinggi dan jangan benarkan orang tidak hormati anda. Pastikan anda belajar bagaimana cara untuk pastikan orang lain memandang anda sama taraf supaya dia bersedia untuk berurusan dan bekerjasama dengan anda. Orang sombong tidak bau syurga tau!.

 

#7) Fahami orang lain

Berusaha untuk faham orang lain dan cuba selami cara orang lain berfikir. Jangan keliru antara apa yang sepatutnya berlaku dengan apa yang biasanya berlaku. Letakkan diri dalam kasut orang lain.

 

Prospek kebanyakannya bertindak dan buat keputusan secara tidak rasional disebabkan oleh emosi yang sering berubah-ubah dengan mudah. Itu yang kebiasaannya berlaku. Terima hakikat ini dan belajar untuk faham dan ikut rentak pemikiran mereka.

 

#8) Bina senarai suspek dan prospek

Sentiasa senaraikan suspek dan bina prospek. Suspek adalah siapa saja yang anda rasa berpotensi jadi pelanggan anda. Suspek akan jadi prospek bila anda dapat berhubung atau dia berhubung dengan anda. Fikirkanlah cara untuk dapat berhubung dengan suspek sampai jadi prospek. Bila dah jadi prospek, anda perlu membuat penilaian dan terperinci dan buat penapisan.

 

Kekalkan prospek yang berpotensi sahaja dan tinggalkan yang tidak berpotensi. Jangan buang masa melayan prospek yang anda tahu bukan pelanggan yang anda sasarkan.

#9) Paham cara buat keputusan

Perlu hadam bagaimana keputusan akhir berlaku dari mula sampai habis. Ada prospek yang bertindak selaku pengguna sahaja, tapi dia tak buat keputusan akhir untuk membeli. Disamping prospek, ada juga kaki sabotaj yang akan menghalang prospek dari buat keputusan membeli.

 

Disamping prospek juga ada orang lain yang punya daya mempengaruhi. Perlu baca semua itu lebih-lebih lagi jika anda berurusan dengan sesebuah organisasi.

 

#10) Buat Network

Belajar cara terbaik untuk mendekati orang baru. Bina perhubungan awal dengan memberikan impak awal yang positif.

 

#11) Bina kepercayaan

Bila dah berjaya mendekati dan berhubungan, berusahalah untuk membina kepercayaan. Hanya orang yang dah mula taruh kepercayaan pada anda sahaja yang akan berkemungkinan membeli.

 

#12) Kumpul fakta & bentang

Jangan main-main dengan andaian. Sentiasa buat rehearsal sebelum bentang. Dalam menjual, andaian tak boleh pakai. Cari fakta yang betul dan sediakan sebelum bentangkan produk atau servis anda.

 

#13) Tanya soalan bijak

Bila bertanya, jangan buat pertanyaan bodoh yang tak relevan. Semua pertanyaan adalah bermatlamatkan untuk membawa kepada aktiviti jualan. Dari pertanyaan banyak perkara yang kita tak jangka.

 

#14) Cari keperluan pelanggan

Perlu mahir kenal pasti apa sebenarnya yang diperlukan pelanggan. Dengar percakapannya dan baca tanda-tanda yang tersembunyi untuk pastikan masalah sebenar. Dalam berbual anda perlu mahir tangkap ayat yang zahir dan terpendam.

 

#15) Selesaikan masalah.

Selesaikan masalah pelanggan. Bukannya selesaikan masalah anda. Ada orang yang nak menjual tapi pakai teknik supaya orang kasihaninya dan membeli atas dasar kasihan itu. Anda nak bantu selesaikan masalah orang atau nak orang tolong selesaikan masalah anda?

 

#16) Atasi kerisauan

Jika dah jelas yang produk atau servis anda memang diperlukan oleh pelanggan, tapi dia masih juga tak beli, biasanya hanya disebabkan satu perkara saja.

 

Dia risau. Takut buat silap bila dah beli nanti. Oleh itu, sentiasa berikan jaminan. Atau buatlah apa saja supaya rasa risau itu dapat dihilangkan.

 

#17) Tutup jualan

Bila dah selesai semua perbincangan dengan baik dan pelanggan dah tak risau lagi, segera tutup jualan.

Jualan dianggap tutup hanya bila pelanggan dapat produk atau servis anda dengan sempurna dan anda dapat pembayaran dengan penuh. Selagi tak berlaku dua proses tu, jualan masih tak ditutup.

 

#18) Buat susulan jualan

Bila dah dapat bayaran dan pelanggan dapat apa yang dia mahu, jangan tinggakan begitu saja. Buat perhubungan susulan. Berikan komitmen penuh supaya dia puas hati dan tidak rasa diabaikan.

 

#19) Kekal perhubungan

Kekalkan perhubungan. Ambil maklumat pelanggan dan simpan dengan baik. Sekali dia pernah beli dari anda, sampai mati anda perlu ingat dan mampu menghubunginya semula.

 

#20) Elak salah dan belajar

Sentiasa berusaha elak kesilapan. Kalau berlaku juga ambil iktibar dan belajar. Paling baik, belajar dari kesilapan orang lain dan elakkan dari buat kesilapan yang sama.

 

#21) Kuat semangat & tahan maki.

Paling akhir sekali dan paling penting. Sentiasa kuatkan semangat. Tahan kena reject walaupun beratus kali. Pujuk diri sendiri dan jangan biarkan emosi kecewa berlarutan dalam tempoh yang lama. Lagi cepat anda mampu pulihkan kekecewaan, lebih cekap anda menjadi jurujual yang berjaya.

12/09/2022

Set Sasaran Jualan Harian & Bulanan

 

Jualan adalah anda berikan sesuatu kepada pelanggan dan pelanggan akan membayar sesuatu nilai kepada anda. Nadi dan asas kepada bisnes adalah jualan bukannya produk. Ramai yang salah dalam hal ini. Contohnya, Pernah tengok  iklan shampoo rambut kata boleh luruskan rambut sampai skala 7 tapi rasa macam skala 2 pun tak. walaupun dah beli 50 botol, letak sikat kat rambut masih terlekat-lekat.

 

Pernah tengok iklan untuk memutihkan kulit, kata boleh cerahkan kulit, makcik Kiah pakai 7 tahun tak cerah-cerah pun. Pernah tengok iklan gigi, ramai juga pakai tapi kenapa ramai je pergi jumpa dentist sebab gigi rosak. Pernah tengok iklan biskut atau minuman, kata tambah tenaga dan bila makan takde plak rasa boleh lari lebih pantas dan jadi juara.

 

Produk adalah nombor 2. Kalo kita pandai menjual, produk apa pun boleh jual dan tetap ada cashflow.  Yang paling penting adalah effort. Jika anda bisnes owner jangan cari sales team yang pandai menjual tapi cari sales team yang rajin menjual. Abaikan perkara-perkara teknikal seperti pitching, skrip closing dan sebagainya. utamakan kepada effort untuk approach lebih ramai pelanggan supaya menggunakan produk atau servis yang kita jual.

 

Dalam dunia jualan terdapat  Hukum Purata iaitu aturan yang anda kena ikut untuk capai target jualan harian. Contohnya, setiap pagi anda ambil kertas A4 dan senaraikan 100 prospek dan fokus misi anda pada hari itu adalah untuk approach semua prospek yang yang ada dalam senarai. Approach mereka melalui  whatsapp, cold calling, PM dan sebagainya jangan pedulikan result seperti kena  reject atau dapat belanja bluetick.  Walaupun kena reject dari orang kesepuluh jangan rasa down dan stress, habiskan sahaja senarai prospek kita dengan sampaikan produk atau servis yang kita jual.

 

Saya percaya daripada 100 prospek yang kita approach, kita akan dapat sama ada potential client, deposit, database atau jualan  itu la hukum purata. Lebih ramai orang anda capai lebih besar peluang anda dapat. Tiada cara lain! Pastikan target kita realistik dan boleh capai.


https://kliksini.my/4uTV4

05/09/2022

BUAT KAJIAN TENTANG PRODUK

 

Apa ciri-ciri produk, Apa manfaat produk dan Apa kelebihan produk? Bagaimana produk ini kalau dibandingkan dengan produk-produk yang sama dengannya?

 

Di mana posisi produk ini dalam market: premium atau mampu milik; keperluan atau kemahuan; produk asas atau produk mewah; produk baru (bukan jenama baru) yang perlu diperkenalkan cara penggunaan atau produk yang sudah diketahui ramai cara penggunaannya?

 

Luangkan masa mungkin paling minima SEMINGGU untuk betul-betul kenal produk.

Kita tidak boleh pasarkan produk yang kita tidak kenal, luar dan dalam.

 

Tapi…

Perlu ingat! Produk bagus semata-mata tidak cukup kalau tiada pelanggan yang mahu membeli.

 

#10)  Kenali pelanggan anda.

Ia bermaksud anda perlu kenali pelanggan anda, dia sakit apa, kenapa dia perlu "ambik" produk anda..  Itu akan membantu anda closing (berlaku proses jual beli). Huhu.

 

Sayangi pelanggan anda,  follow up!  Tu yang penting. Kebanyakan penjual fokus kepada sales baru.  Tapi lupa pelanggan yang sudah pun membeli produk mereka.  Jangan!  Sebab 90% pelanggan yang lama akan repeat order kerana mereka dah rasa produk anda!  (Kalau produk baguslah.. Hehe..)

 

Hafal kesemua 10 kriteria tersebut di atas dan latih serta ingatkan diri anda selalu.

 

Anda boleh jadi jurujual hebat!!

 

Apakah anda ada kesemua ciri-ciri di atas?

 

Kalau tak ada lagi, nampaknya perlu digilap agar mampu menjadi jurujual yang hebat.

Perlu diingat!

 

Jika anda seorang peniaga, tidak ada pilihan untuk berjaya menjual produk ataupun menjual idea anda melainkan perlu menjadi seorang jurujual yang hebat. Bagi yang ada syarikat sendiri, jadikan semua ciri-ciri tersebut sebagai kriteria dalam membuat pilihan jurujual anda.

 

Bagi yang sekarang sedang kerja sebagai seorang jurujual, sematkan semua itu dalam hati dan jangan lupa kongsikan perkara ini pada semua team salesman anda sekarang. Kita hayati kata-kata seorang salesman kereta yang berjaya pecahkan rekod Joe Girard.

 

Saya adalah jurujual, Tetapi saya lebih kepada menjadi penasihat daripada menjual. Pelanggan akan datang dengan sendirinya. Inilah falsafah saya selama 17 tahun. Pelanggan datang kepada saya kerana mereka mempunyai masalah pembelian kereta, saya selesaikan masalah mereka – Ali Reda

29/08/2022

10 Sikap Jurujual Perlu Ada

 

Kalau nak jadi peniaga, kita perlu tahu apakah sikap yang perlu ada pada seorang jurujual yang baik. Seorang peniaga yang bermula dari bawah sama ada suka atau tidak, perlu melalui proses membuat jualan.

Lainlah jika kita mula berniaga dengan modal wang yang banyak atau berayahkan seorang Tan Sri. Atau mempunyai seorang rakan kongsi anak kepada seorang menteri.

 

Dalam keadaan sebegitu, kita hanya perlu merekrut seorang jurujual yang baik sejak dari awal perniagaan. Sebab duit bukanlah satu masalah dalam situasi macam itu.

 

Walaupun begitu, jika kita tidak tahu bagaimana nak kenal pasti ciri-ciri seorang jurujual yang hebat, kita akan tersalah langkah dan membuat pilihan yang salah. (Tapi kalau ada banyak duit, boleh juga upah orang yang tahu memilih jurujual yang hebat).

 

Jika nak jadi jurujual yang hebat, atau jika kita nak ambil pekerja jurujual yang hebat, mestilah pastikan ada 10 sikap yang saya senaraikan seperti berikut di bawah ini:-

 

#1) Berkeyakinan diri

Kita biasanya menjual pada manusia dan sebagai jurujual, akan sentiasa berurusan dengan manusia. Manusia biasanya sentiasa selesa dengan orang yang berkeyakinan tinggi dan tahu apa yang dia lakukan.

 

Tetapi jangan pula disalah ertikan dengan sombong. Kadangkala sombong dengan keyakinan yang tinggi sering berada bersebelahan antara sempadan yang nipis. Oleh itu perlu sentiasa berhati-hati.

 

Jika kita tak ada keyakinan jangan harap akan mampu yakinkan orang lain. Begitu juga jika kita merekrut seorang yang ragu-ragu untuk berjumpa dengan kita atau seorang yang gabra berlebihan ketika temuduga, dia sebenarnya memang tak sesuai untuk kerja jurujual.

 

#2) Berpendirian kental

Pertahankan pendirian bukan ertinya bergaduh atau dilakukan dengan cara yang tidak bersopan. Jika ternyata kita perlu mempertahankan sesuatu, kita tidak boleh segan atau berundur ke belakang tanpa sebab.

 

Ciri-ciri ini perlu ada pada seorang jurujual. Bayangkan jika ada masalah dibangkitkan oleh pelanggan terhadap produk atau servis yang kita tawarkan, jika kita hanya menerimanya tersenyum dan tanpa reaksi mempertahankan atau membetulkan keadaan, agak sukar untuk menempa hasil yang bagus.

 

Lebih parah lagi apabila pelanggan kutuk produk atau servis kita lalu kita turut sama menambah perisa dan mengkritik produk kita sendiri.

 

#3) Berkulit tebal & tabah

Jika anda pernah buat jualan tentu tahu betapa sukarnya kerjaya ini. Jika kita berjumpa dengan 100 orang untuk menawarkan sesuatu produk atau servis, untuk dapatkan seorang yang menerimanya adalah  sesuatu yang belum pasti.

 

Oleh itu jika tak berkulit tebal menerima tolakan demi tolakan, alamat lari malam dan tak keluar rumah lagi. Jika tak pandai pujuk diri sendiri untuk tabah menerima dugaan dan anggap itu semua hanya sementara sahaja (dunia sementara, akhirat selamanya) anda tak akan mampu menjadi jurujual yang hebat.

 

#4) Bercita-cita tinggi

Apakah anda tak pernah kisah samada untuk mendapatkan jualan syarikat sepuluh ribu ataupun sejuta. Jika itu semua bagi anda sama saja, ertinya anda tak akan mampu melonjakkan jualan syarikat.

 

Begitu juga jika jurujual yang anda rekrut, yang tak ada semangat walaupun diberikan ganjaran komisyen yang baik, elok buang saja dan cari jurujual lain yang bercita-cita tinggi.

 

#5) Sukakan Persaingan

Seorang jurujual yang hebat mesti peka dengan prestasi rakan sekerjanya. Dia akan saling berusaha mengatasi pencapaian orang lain dan mempelajari teknik untuk mendapatkan hasil yang serupa.

 

Sekurang-kurangnya dia mesti suka bersaing dengan pencapaiannya sendiri. Dia mesti mahu hasil hari ini lebih baik daripada hasil semalam.

 

Sama ada suka bersaing dengan orang atau diri sendiri, sikap suka bersaing untuk menjadi lebih baik mesti ada jika kita mahu jadi jurujual yang hebat.

 

#6) Mempunyai cita rasa tinggi

Dalam bahasa orang putih kita panggil ‘high standard’. Biasanya orang yang sering menyasarkan sesuatu yang tinggi seperti sasaran dan jangkaan, akan bekerja dengan lebih keras dan terperinci.

 

Begitu juga jurujual yang ada cita rasa tinggi dalam apa saja urusannya akan bekerja dengan terperinci merancang agar urusan jualannya berjaya sekerap yang mungkin.

 

Kita boleh lihat sikap jurujual yang hebat pada perwatakannya. Gaya pemakaian seorang jurujual hebat juga jarang selekeh. Semua itu adalah sikap atau tabiat yang terbentuk hasil daripada cita rasa yang tinggi.

 

#7) Perlu bersikap matang

Bayangkan bila pelanggan melenting dan marah-marah ketika kita berusaha membuat jualan. Jika kita turut sama melenting malah dua kali ganda lebih daripada pelanggan, sampai bila pun tak ada orang yang akan hormat. Apatah lagi nak buat jualan.

 

Oleh itu, jurujual mestilah sentiasa relaks, bertenang dalam apa saja keadaan yang dia hadapi. Hanya orang yang matang dan mampu kawal perasaan secara konsisten dan profesional sahaja akan sentiasa cool ketika membuat jualan.

 

#8) Sentiasa peka dalam pertemuan pertama

Hati - hati dengan orang yang prospek bawa masa jumpa kita, jika dia bawa isteri, jangan pandang rendah pada kuasa isterinya itu, jika dia bawa kawan, jangan pandang rendah pada kuasa kawannya itu. Mereka mungkin ada cukup kuasa untuk "swing" keputusan yang bakal dibuat oleh prospek nanti.

 

#9) Become the master of your market!

Kenal market anda macam anda kenal ABC. Bila orang tanya 1 tambah 1 apa… zaaas terus semua sel-sel neuron bercantum untuk anda jawab.

Anda perlu buat research macam profesor tengah siapkan thesis. Tengok market anda macam penembak tepat. Pegang sniper bukan shotgun tembak rambang. Be specific.

 

Jangan pandang remeh. Jangan pandang sebelah mata.

 

Semua jawapan yang anda cari, semua duit dan peluang ada dalam market anda.

 

Jika anda pernah membaca buku tulisan Joe Sugarman atau Dr. Joe Vitale berkenaan pemasaran, masing-masing memperkatakan benda yang sama iaitu kenali produk anda luar dan dalam, baharulah anda boleh mula menjual.

 

Anda kena cinta produk anda bukan hanya tahu pada nama sahaja tetapi anda kena tahu segalanya. Yelah kan, kalau orang tanya tentang produk anda, dan anda tak tahu nak jawab apa, itu akan kurangkan keyakinan pelanggan anda. Macam pasangan anda jugak. 

 

Kalau anda tak cintakan dia, tak tahu terperinci tentang dia, maksudnya hubungan tu tak akan kekal lama. Opps jadi doktor cinta pulak !!  Sebab tu lah,  tak kenal maka tak cinta.


https://kliksini.my/4uTV4

22/08/2022

Mentaliti SEORANG PENJUAL

 

Dalam seminar yang anda sertai anda selalunya akan ditanya apa matlamat anda untuk berniaga. Ada pelbagai sebab anda berniaga. Anda mahu bebas kewangan, mahu pendapatan sampingan, mahu menaikkan taraf hidup keluarga anda atau tujuan ibadah kepada Allah. Sebenarnya kita BORING MISKIN sebab tu kita menjual.

 

Apa jua sebab utama anda berniaga, yang pasti aktiviti penting dalam melakukan bisnes adalah aktiviti MENJUAL.

 

Terdapat dua jawapan yang selalu keluar daripada mulut para peserta seminar. Iaitu untuk membantu orang lain dengan produk yang kita jual dan untuk menjana keuntungan atau buat duit. Kedua-dua jawapan ini sahaja yang paling relevan dan jawapan tersebut adalah betul, tiada yang salah.

 

Setiap peniaga mempunyai pandangan yang berbeza-beza mengenai tujuan mereka berbisnes dan kita meraikan perbezaan pandangan tanpa bersikap katak di bawah tempurung. Sebab apa? kerana ilmu Allah ini luas.

 

Dalam ilmu jualan juga kita mesti ada matlamat dimana sebagai jurujual kita mesti mengutamakan matlamat pelanggan terlebih dahulu. Selalunya yang kita fikir adalah “Untung tak? Berapa duit yang boleh dibuat?” semuanya untuk kepentingan diri sendiri. Mulai hari ini dan saat ini kita perlu ubah matlamat dan mentaliti kita.

 

Kalau kita  nak kaya dan berjaya dunia dan akhirat, kita kena mula berfikir bagaimana untuk tolong orang. Simpan matlamat anda dan realisasikan matlamat pelanggan.

 

Setiap produk dan servis yang kita buat, setiap strategi pemasaran yang kita susun perlu maksud utamanya adalah untuk bantu orang lain. Bagaimana bantu orang lain boleh dapat banyak jualan?

 

Dunia sekarang terlalu banyak pesaing. Setuju? Justeru, orang akan mencari jurujual yang mana yang memberi banyak ‘nilai’ kepada mereka. Jurujual yang memberi banyak nilai ini akan menang di hati pelanggan. Lama kelamaan, mereka akan jatuh cinta dan beli. Paling hebat, mereka bukan hanya beli sekali. Malah akan beli berkali kali!

 

Biasanya orang yang tak ambil peduli pasal ilmu bisnes ini akan keliru antara aktiviti jualan dan aktiviti pemasaran. Bagi kebanyakan orang, mereka anggap semuanya sama sahaja. Untuk anda yang masih keliru, saya berikan asas mudah terhadap perbezaan antara   sales dan marketing.

 

Penyebab nombor satu orang langsung tak datang kedai atau tak pernah beli produk dan servis anda adalah disebabkan mereka tak tahu menahu langsung bisnes atau kedai anda wujud.

 

Itu punca paling besar yang membuatkan orang tak beli produk atau servis anda.

 

Untuk atasi masalah itu, anda perlulah berusaha untuk sampaikan kepada seramai mungkin orang yang anda sasarkan sebagai pelanggan, supaya mereka tahu kewujudan bisnes anda.

 

Aktiviti bagi tahu kat orang tu, kita namakan sebagai aktiviti marketing. Ertinya, segala aktiviti yang dilakukan untuk memyampaikan maklumat tentang kewujudan bisnes anda. Bila orang dah tahu, baru ada kemungkinan untuk dia membeli.

 

Bila dia datang, maka barulah bermula aktiviti Jualan. Kalau dia datang, tanya, dan kemudiannya orang itu berlalu tanpa membuat sebarang pembelian dan tak datang lagi. Ertinya, anda telah gagal dalam menjual.

 

Ada ramai orang pandai tarik perhatian supaya orang datang ke kedai atau premis perniagaannya. Tapi malangnya, dia lemah untuk menjual. Orang putih kata, gagal untuk ‘close a deal’.

 

Keupayaan menjual memerlukan ilmu dan skill yang tinggi. Anda tak semestinya perlu ada bakat terpendam dilahirkan sebagai seorang yang pandai menjual. Ilmu menjual ini boleh dipelajari dan diamalkan.

 

Perlu belajar untuk pandai menjual secara teorinya. Kemudian wajib untuk diamalkan untuk menguasainya. Skill menjual ini hanya akan datang bila dilakukan. Kalau tak praktik, sampai tua beruban pun tak akan dapat kuasainya.

 

Semakin lama dan semakin banyak anda amalkan aktiviti menjual, maka semakin mahir anda akan jadi jurujual. Asalkan anda punya sikap positif untuk jadi seorang jurujual yang baik dan profesional.

15/08/2022

SALESMAN BORN EVERY MINUTE

 

“Kita ni berniaga jangan ada malu. Kena tebalkan muka. Kita cari rezeki halal . Asas berniaga adalah menjual. Asas menjual adalah menjaja. Kalau anda boleh jual benda kecil, benda mahal macam mana pun anda boleh jual”.

 

Semua orang tak dapat lari dari dunia jualan. Secara terus atau tidak, anda sentiasa berhadapan dengan situasi menjual. Anda mungkin menjual barang sebagai seorang peniaga.

 

Mungkin juga anda mahu menjual perkhidmatan. Atau menjual idea anda kepada kawan, bos, pasangan, anak-anak, jiran, orang tua dan siapa saja.

 

Ramai orang dengan yakin, percaya yang dia tak pandai menjual. Mungkin anda salah seorang dari mereka. Tapi sedar atau tidak, anda sampai ditempat anda sekarang setelah melalui seribu satu aktiviti menjual.

 

Ada jualan yang gagal. Ada juga jualan yang berjaya. Tak ada orang yang berterusan gagal dalam aktiviti menjual. Begitu juga tak ada orang yang berjaya dalam kesemua aktiviti menjualnya.

 

Anda dan saya dilahirkan sebagai jurujual, sama ada makan gaji atau bekerja sendiri semua orang dilahirkan sebagai jurujual. Kita menangis ketika dilahirkan, kemudian ibu kita akan memujuk kita dengan belaian kasih sayang. Tangisan yang anda keluarkan merupakan kaedah marketing manakala belaian yang  diterima adalah bayaran. Ye! kita sedang melakukan proses sales menggunakan sistem barter (sistem tukar barang).

 

Begitu juga apabila kita ingin memohon pekerjaan makan gaji. Ketika sesi temuduga kita akan diminta untuk menjual diri melalui skill yang kita miliki bagi mendapatkan pekerjaan yang dipohon. Jika anda memohon jawatan jurujual kebiasaanya anda akan diminta dengan ayat cliché “Sell me this pen” seperti dalam cerita Rocket Singh dan The Wolf of Wall Street.

 

Waima penganggur dan pengemis sekalipun perlu mempelajari proses menjual untuk mendapatkan sesuap nasi. Menjual tidak semestinya melibatkan wang ringgit. Pertukaran antara dua barangan yang dipersetujui bersama juga dikira sebagai menjual.

 

Menjual ialah fitrah manusia. Kita menjual setiap masa. Jangan fikir menjual ni semata-mata bila menjual barang & ada duit bertukar tangan.

 

Menjual ialah menggerakkan hati manusia untuk berubah atau bertindak. Mengubah fikiran, berdakwah mengajak manusia mentaati perintah Allah cara Rasulullah.  Ini semua aktiviti MENJUAL yang bukan bersandarkan menjual produk semata-mata.

 

Menukar orang yang berminat dengan produk atau servis kepada pembeli berulang adalah skill menjual, ayat penamat yang menyebabkan prospek terus teruja untuk membeli adalah skill menjual. Menukar pelanggan yang tidak berpuas hati kepada pelanggan setia juga skill menjual.

 

Kita kena terima hakikat kita tak boleh lari dari aktiviti menjual. Sales people rules the world. Terima sahaja hakikat itu dalam dunia bisnes.

BUAT SAMPAI JADI

 

Mencari peluang baru sebab kurang yakin dengan peluang sekarang, akan menyebabkan anda kena BERMULA DARI KOSONG semula. Di sini pentingnya anda minat dengan bisnes yang anda buat. Ada sesetengah mengatakan tidak perlu minat yang penting ada sales. Tuan puan sales boleh datang dan pergi, tetapi minat akan sentiasa ada dalam hati. Woha!

 

Jadi pastikan setiap hari anda luangkan masa untuk buat 3 benda ni.

Contohnya, hari Sabtu dan Ahad, belajar benda baru pasal marketing, dan buat.  Hadir seminar dan baca buku. Membaca buku tidak akan menjadikan anda NERD. Para Billionaire dunia semuanya membaca. Ada apa dengan anda?.

 

Hari Selasa - Belajar benda baru pasal sales, dan buat Split Test. Mana satu teknik yang dapat mendatangkan jualan. Kemudian repeat teknik berkenaan dan buat sampai jadi.

Hari Khamis - Perbaiki produk, harga produk, packaging produk, positioning produk, USP dan lain-lain.

Hari Jumaat - Lebihkan dengan amal ibadah, mohon dengan Allah yang memberi jualan. Bukan manusia yang memberi kita duit. Allah yang beri kita duit. 

 

Anda perlu tahu satu perkara,  belajar ilmu marketing dan jualan  memang tidak akan habis. Ianya sentiasa berubah-berubah seperti  Algoritm FB ads yang sentiasa bertukar-tukar dan anda boleh salahkan Mat Jukiberg dalam hal ini.

 

Untuk tidak menyebabkan information overload dalam kepala anda KUASAI 1 jenis channel marketing pada satu-satu masa. Tapi, elakkan hanya guna 1 jenis channel marketing sahaja. Tetapi guna juga channel lain sebagai 'backup'.

 

Marketing tanpa ilmu sales juga agak sia-sia. Ilmu marketing dan jualan ibarat aur dengan tebing. Penat kita buat marketing sampai tak tidur malam untuk panggil lead dan suspek  datang. Tetapi bila tiba masa kita perlu tanya "nak beli tak?" kita menjadi gagap dan berbuih mulut nak berbicara tentang produk yang kita jual.

 

Perkara paling utama dalam ilmu jualan, adalah menguasai ilmu minta orang keluarkan duit dari poket mereka, untuk diberikan kepada anda. Ia juga antara perkara paling sukar dibuat. Jadi kalau tak belajar ilmu jualan, bagaimana mahu buat jualan yang bagus? Dengan ilmu, perkara yang susah boleh menjadi mudah.

 

Secara analoginya, kita nak cari semut dalam rumah. Kalau rumah yang pengotor memangla banyak semut. Kita ambil contoh rumah yang sentiasa dimop. Anda mungkin kata ianya akan mengambil masa untuk mencari seekor semut. Tetapi orang berilmu akan letakkan sedikit gula di ruang tamu. Semestinya semut akan datang dengan sendirinya. Bukan kita yang perlu cari semut. Itula ilmu.

 

Dedikasikan hidup kita dengan ilmu. Bukan saja mencari ilmu baru. Tetapi ilmu yang basic pun, boleh didalami, dan diperkasa.

08/08/2022

SKILL MENJUAL BUKAN SEMULAJADI

 

“Untuk mulakan bisnes, soalan pertama kita tanya, bukan nak jual apa? kita kena tanya, macam mana nak jual?”.

 

Skill menjual bukanlah datang secara semulajadi. Ia sesuatu yang perlu dipelajari sama ada melalui pembacaan, seminar, latihan atau kelas formal. Daripada ilmu itu baharulah ianya dapat dilaksanakan.  50% kejayaan menjual bermula daripada keyakinan yang anda boleh menjual. Jika anda tak yakin, tolong jangan buat bisnes.

 

Formula ringkas bisnes :  Tiada Jualan = Tiada Pendapatan = Tiada Bisnes.

 

Pernyataan ini jelas di antara jualan dan bisnes adalah saling berkait, bisnes tidak akan berjaya jika tidak disokong usaha jualan berterusan. Sekarang ni sekadar ilmu FB Ads dan Ilmu Google adwords saja pun belum cukup untuk dapatkan jualan yang berterusan.

 

Belum cukup, dalam erti kata, kalau kita pandai dan sekadar tahu nak setup iklan, itu tidak cukup untuk membuat jualan yang MENGUNTUNGKAN. Ilmu Marketing Teknikal, mesti dipadankan dengan ilmu jualan dan promosi. Maka satu PLAN perlu dirangka untuk anda jalankan strategi jualan & promosi yang betul-betul terbukti.

 

Jualan adalah pemasaran evergreen untuk DAILY SALES bagi menjana aliran tunai harian yang berterusan dan sentiasa ada. Anda wajib dan kena check setiap hari.

 

Promosi pula adalah untuk meletupkan jualan secara tiba-tiba, tetapi terhad. Tujuannya untuk "Sudden Flow Of Customers" yang membawa pelanggan berurusan dengan kita dengan  harapan secara berpanjangan dan konsisten membeli.

 

Jika kita perasan, mutakhir ni banyak seminar dan kelas-kelas  marketing & bisnes dianjurkan. Ada yang murah dan ada yang mahal. Ada juga yang dipakejkan dengan kelas motivasi untuk memperkuatkan jati diri seorang peniaga.

 

Walaupun anda telah hadir pelbagai kelas sales dan marketing tapi bisnes anda masih lagi tidak grow dan tidak menghasilkan jualan. Jadi anda kena selidik kat mana silap dan apakah yang perlu dibaiki, ditambah atau apa yang kurang dalam kelas yang anda hadiri?

 

Kebanyakkan kelas bisnes yang dianjurkan oleh coach-coach bisnes di Malaysia bagus, masalah utama adalah CONTINUOS MONITORING. Tiada yang pantau! Semangat membara hanya semasa dalam kelas. Masuk hari ke 3, buku workbook entah ke mana.  Tanpa pemantauan berterusan daripada mentor yang muktabar menyebabkan bisnes anda tidak boleh nak grow.

 

Ini kerana, ramai peniaga tidak sanggup untuk ambil pakej personal continuos monitoring/inner circle disebabkan harganya yang mahal dan boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Pada pandangan saya kelas-kelas banyak OUTSIDE IN tetapi tidak INSIDE OUT. Kalau pun ada ia tidak mampu membuatkan seseorang bertindak secara berterusan.

 

Banyak seminar, banyak teknik dan banyak ilmu yang dapat. Tapi hakikatnya ramai Gagal. Kerana ACTION.  Di mana tak ramai yang mampu buat secara konsisten.

 

Tiada Big Why, kesungguhan, lari fokus, cepat penat, tersalah faham, nak result cepat, tiada database, networking yang tak membantu, team yang lemah atau berada dalam circle yang salah  menyebabkan ramai masih bergelut untuk membuat jualan  konsisten.

 

Makanan untuk anda sentiasa konsisten dalam bidang ini hanya satu iaitu MINDSET & MOTIVASI dan orang yang mengharapkan motivasi daripada orang lain baharu terhegeh-hegeh nak bertindak, tidak layak buat bisnes. Bak kata  Elon Musk : If you need inspiring words, don’t do it.

 

Jika anda masih bekerja dan buat bisnes part time, anda perlu  kenalpasti aktiviti penting yang membawa masuk jualan dan aktiviti yang sia-sia. Maka anda perlu fokus kepada 3 Perkara utama.

·         Marketing (cara tarik orang datang)

Marketing adalah nak tarik orang, tarik bakal pelanggan, buat orang nampak kita, dan buat orang tanya siapa kita. Senang cakap Marketing ni buat orang nampak. Buat apa-apa pun yang penting orang nampak BISNES dan BRAND kita.

·         Sales (cara buat orang yang datang membeli)

Ilmu ini anda perlu belajar sebab anda perlu faham macam mana nak jadikan pelanggan anda percaya dengan anda dan beli produk anda. Bukan satu kerja mudah untuk pengaruh pelanggan. Jadi, apa kata belajar macam mana nak close sales .

·         Penambahbaikan /Penambahan produk.

Ilmu ini anda perlu belajar Validasi produk, perbaiki harga agent, combo produk, Packaging, Positioning Produk, Unic Selling Proposition (USP) dan lain-lain.

Jangan habiskan masa membaca benda yang tiada kaitan dengan 3 benda ni. terutama mencari peluang baru yang bisnes kerana anda akan kehilangan fokus. Jika bisnes yang sedang dijalankan sekarang sedang menjana keuntungan walaupun sedikit, teruskan dengan mengembangkan lagi bisnes berkenaan.

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff