Rahsia Ecover

Rahsia Ecover - rahsiaecover.blogspot.com.

Kontrak Perjanjian

Rahsia Kontrak Perjanjian - kontrakperjanjian.blogspot.com.

Minisite Dengan Blogspot

Minisite Dengan Blogspot - minisitedengan.blogspot.my.

Rahsia Sebutharga

Rahsia Sebutharga - RahsiaSebutharga.blogspot.com.

Rahsia Pengucapan Awam

Rahsia Pengucapan Awam - Gaya Sheikh Ahmed Deedat.

19/11/2014

Cerita Patah Tulang

Salam

1.8.2014...Tarikh keramat yang x akan aku lupakan...tarikh aku jatuh pokok manggis di belakang rumah aku kat kampung di Setiu terengganu..

Aku terpijak dahan yang dah mati..ketinggian pokok dalam 13 kaki..

Ekoran daripada eksiden ini, hampir 6 bulan aku x hapdet blog...kesinambungan ini juga aku lebih gemar untuk hapdet blog guna smartphone daripada guna laptop atau PC..

Doktor mengesahkan neck of femur aku patah...kemudian aku check in ke hospital nurzahirah Kuala Terengganu..

Dua minggu kena tahan kat sana dengan kaki aku ditebuk besi untuk ditarik dengan dumbell seberat lebih kurang 7 kg..korang boleh bayang x..memang terasa suffer abis..

23.9.2014 pagi ..aku masuk bilik pembedahan..semestinya aku mintak bius abis..xsanggup aku nak tengok proses pembedahan...

Dynamic hip skru digerudikan kedalam tulang aku..untuk sambungkan semula tulang yang patah..kos skru dalam RM 850..

Hampir 3 jam aku kat dalam bilik pembedahan..Alhamdulillah..lega bila dah selesai operation...sebab sebelum tu..kalo nak tido dan buang air beso memang derita giler..bersyukur la kalo kita dapat tido lena dan berak di toilet.

Dua hari kemudian aku dah boleh keluar..dan perlu dapatkan rawatan susulan di hospital setiu.

Bagi memastikan tulang femur bersambung dan "hidup"..

Dua bulan kemudian aku dapatkan rawatan di orthopedic hospital ampang..Alhamdulillah puji pada Allah..depa kata dah sambung..tapi xleh buat kerja berat-berat lagi..dan kemungkinan untuk patah semula tu ada.

Dapat mc lagi sebulan...

13.1.2014 aku masuk kerja ...sebab mc dah abis..doktor kata boleh masuk keje..dan sekarang ni aku menjalani sesi fisioterapi di hospital ampang..setiap seminggu sekali.

Wassalam.

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff