19/01/2017

Daftar Lewat Kelahiran Lebih 42 Hari Bukan 15 Ringgit

Salam.

Padah menanti jika anda daftar kelahiran anak lebih daripada 42 hari.

Dalam panduan pendaftaran hanya denda 15 ringgit dikenakan...semuanya bohong belaka.

Jika anda lewat daftar lebih daripada 42 anda perlu mendapatkan borang akuan berkanun yang perlu ditandatanggani oleh pesuruhjaya sumpah.

Walaupun anda telah membawa semua bukti kelahiran seperti surat pengesahan kelahiran daripada hospital swasta mahupun kerajaan serta buku antenatal, postnatal dan sebagainya.

Seterusnya anda perlu mengisi ruang gambar pasport untuk kesemua gambar famili anda.

Keseluruhan kos kalo dikira adalah.

A. Gambar pasport harga kedai. 1 orang anak adalah rm 13 ringgit.

B. Pesuruhjaya sumpah Rm 4 ringgit..jangan risau ofis pesuruhjaya sumpah ada dekat JPN hq jalan duta.

C. Gambar penuh 4R anak baru lahir . kalo gambar sendiri mintak tolong kedai print RM 3 ringgit. Kalo kedai yang ambik gambar pakai kamera DLSR dia ..satu gambar 10 ringgit.

D. Photostat dua salinan dalam RM 6 ringgit. Boleh photostat dalam ruang menunggu angka giliran JPN hq.fasiliti ini disediakan.

C. Gambar pasport ibu bapa untuk 2 orang RM 26 . untuk 4 keping seorang.kedai akan print 4 keping dia x ambik kalo kita cakap nak 2 keping je.sebab dah package.

D. Proses pendaftaran perlu bayar RM 10.

E. Proses pengambilan surat beranak yang dah siap RM 10.Tempoh siap lebih kurang satu bulan. Anda akan diberi no telefon untuk call jika ianya dah siap.

Huhuhu..boleh anda kira sendiri berapa banyak kos yang anda perlu bayar jika lewat daftar anak lebih daripada 42 hari.

Kesimpulannya daftarlah segera  kelahiran anak anda...dekat UTC yang berdekatan.

Wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff